HUJAN LEBAT BERTERUSAN ; BANJIR BESAR MUNGKIN AKAN BERLAKU



HUJAN LEBAT BERTERUSAN ; BANJIR BESAR MUNGKIN AKAN BERLAKU

Petang ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah keluarkan amaran terkini bahawa hujan lebat berterusan akan berlaku bermula hari ini. Berbanding dengan hujan yang turun pada bulan lalu yang menyebabkan ada negeri yang meggalami banjir seperti di Kelantan dan Terengganu namun amaran kali ini lebih serius.

Jika kita lihat dalam beberapa aplikasi seperti Mycuaca dan Windy.com, sangat jelas kita boleh lihat ada beberapa kawasan yang akan terima hujan melebihi 30 mm dalam masa sejam.

Kelantan, Terengganu dan sebahagian negeri Pahang diletakkan dalam zon BAHAYA, manakala sebahagian negeri Pahang yang lain diletakkan dalam zon BURUK.

Saya cuba mendapatkan info semasa dan terkini dari teman² di Kelantan dan Terengganu, sama ada di sana hujan lebat atau tidak. Ada yang maklumkan di Dungun tadi hujan lebat.

Apapun, sebagai rakyat Malaysia, kita tentu tahu bahawa musim bah adalah musim yang biasa berlaku khususnya bila tiba hujung tahun. Adakalanya hujan turun diluar jangkaan kita sehingga menyebabkan berlakunya bencana banjir besar seperti yang dihadapi oleh negeri Selangor pada penghujung tahun 2021 yang memusnahkan harta benda, 54 orang dilaporkan meninggal dunia dan dianggarkan RM20 billion harta benda rosak.

Sebagai penggerak NGO Khidmat Malaysia, sudah tentulah bila tiba saat seperti ini, fikiran dan tumpuan saya terarah kepada persiapan dan kesiapsiagaan semua pihak untuk menghadapi situasi ini.

Tahun lalu, bencana banjir besar berlaku di beerapa tempat di Kelantan seperti di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat. Baru-baru ini Parlimen Rantau Panjang telah menerima dua kali banjir, walaupun keadaan semakin surut namun sudah tentulah senario terkini ini akan menambah kebimbangan di dalam hati penduduk di sana.

Sama-sama kita berdoa dan bermunajat agar negara kita dijauhi dengan bencana banjir besar ini.

Sekian. Wassalam

Ketua Pengarah
Kluang, Johor
23 Disember 2023, 6.52 petang
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH
(Ketika tulisan ini disiapkan, hujan mula turun di Kluang)

Ulasan