Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat December 18, 2023

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat
December 18, 2023



KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 5,381 orang petang ini berbanding 5,093 mangsa pagi tadi biar pun keadaan cuaca hari ini dan semalam cerah.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa membabitkan 1,713 keluarga dipindahkan di 16 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sehingga jam 4 petang ini hanya satu daerah masih dilanda banjir iaitu Pasir Mas.

Bagaimanapun Info Bencana JKM melaporkan sebuah PPS dibuka di Tanah Merah dengan 124 mangsa.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir,water.gov.my melaporkan Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.93 meter.

Selain Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat melepasi paras waspada iaitu 2.31 meter petang ini. – HARAKAHDAILY 18/12/2023

Ulasan