MODAL BAHARU PEMBANGKANG?



Baca tajuk saja dah tersenyum, tapi tak apalah, walaupun semasa BN menang di PRK Pelangai tak keluar tajuk seperti ini.

Tajuk yang saya jumpa dalam carian di Sinar Harian ; "Kemenangan di Pelangai pengiktirafan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan"

Secara jujurnya saya OK saja dengan tajuk berita kemenangan Dr Sam seperti yang ditulis oleh Sinar malah saya takkan tuduh Sinar pro kerajaan sahaja walaupun lebih cantik jika tajuknya adalah "Kemenangan di Kemaman pengiktirafan rakyat kepada Pembangkang atau Perikatan Nasional"

Hakikatnya, pengundi di Kemaman telah hantar satu referendum yang sangat penting dan bermakna kepada Kerajaan Perpaduan bahawa rakyat mahukan perubahan. Undi yang diterima oleh BN+PH pada PRU yang lalu jauh merosot dibandingkan dengan yang diterima oleh calon mereka seorang Panglima (Bersara) ATM, bukan calang-calang orangnya...

Dr Sam dilihat dan diwar-warkan sebagai calon PM yang telah berjaya menambat hati pengundi Kemaman. Mereka sedar apa yang telah Dr Sam berjaya laksanakan di Terengganu selaku MB.

Walaupun pelbagai tektik cuba dilakukan oleh BN+PH di Kemaman namun ianya tidak brrjaya melekat di hati para pengundi.

Sebab itu, ucapan JUTAAN TERIMA KASIH wajar diberikan kita kepada para pengundi yang berjaya memberikan kemenangan kepada PAS/Perikatan Nasional.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Kluang, Johor
3 Disember 2023

Ulasan