RISALAH PENERANGAN PAS JOHOR - KESELAMATAN NYAWA ADALAH KEUTAMAAN DALAM AGAMA.


RISALAH PENERANGAN KESELAMATAN NYAWA ADALAH KEUTAMAAN DALAM AGAMA.

Firman Allah SWT :
مِنْ اَجْلِ ذٰلِكَ ۛ كَتَبْنَا عَلٰى بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ اَنَّهٗ مَنْ قَتَلَ نَفْسًاۢ بِغَيْرِ نَفْسٍ اَوْ فَسَادٍ فِى الْاَرْضِ فَكَاَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيْعًاۗ وَمَنْ اَحْيَاهَا فَكَاَنَّمَآ اَحْيَا النَّاسَ جَمِيْعًا ۗوَلَقَدْ جَاۤءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنٰتِ ثُمَّ اِنَّ كَثِيْرًا مِّنْهُمْ بَعْدَ ذٰلِكَ فِى الْاَرْضِ لَمُسْرِفُوْنَ.
Mafhumnya : "Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa barang siapa membunuh seseorang, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana berbuat kerosakan di bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia. Barang siapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia. Sesungguhnya Rasul Kami telah datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas. Tetapi kemudian banyak di antara mereka setelah itu melampaui batas di bumi".
Surah Al-Ma'idah : 32

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden menyayat hati melibatkan Al Marhum Adik Muhammad Zaharif Affendy bin Muhd Zamrie. Peristiwa yang menjadi tatapan dan bualan masyarakat.

Nyawa, anggota badan, akal, maruah dan keturunan adalah antara perkara utama yang dipelihara di dalam Islam. Ia tidak boleh dicabuli atau disakiti dengan sewenang-wenangnya apa lagi perbuatan sehingga menghilangkan nyawa.

PAS Johor meletakkan kepercayaan kepada pihak Polis Di-Raja Malaysia PDRM untuk menyiasat perkara ini secara telus, tulus dan adil demi kesejahteraan dan keharmonian di dalam masyarakat.

Semoga kebenaran dapat diserlah dan ditegakkan, keadilan dapat dilaksanakan.
'Adil, Prihatin dan Berkebajikan'

Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
3 Jamadil Akhir 1445
17 Disember 2023

Ulasan