RISALAH PENERANGAN PENGURUSAN BANJIR KILAT PERLU SIAPSIAGA.



RISALAH PENERANGAN PENGURUSAN BANJIR KILAT PERLU SIAPSIAGA.

Dilaporkan hujan lebat selama beberapa jam mengakibatkan 10 jalan dan sebuah kampung di bandar raya ini dilanda banjir kilat pada Khamis.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam satu kenyataan memberitahu, air mula naik sekitar jam 4.30 petang melibatkan Jalan Rosmerah utama; Jalan Setia 10 dan Jalan Setia 11 di Setia Indah; Jalan Mutiara Emas Utama dan Jalan Mohd Amin 7.

"Ini termasuk Jalan Datin Halimah iaitu di Taman Merdeka; Jalan Skudai serta Jalan Tampoi; Jalan Dato' Sulaiman; Jalan Harmonium 24 dan Kampung Ubi setakat setakat jam 6.15 petang ini.

"Bagi memastikan keadaan terkawal Skuad Kilat MBJB akan mengawal lalu lintas, mengalihkan halangan jalan dan pokok tumbang sekiranya ada," menurut MBJB dalam dalam satu kenyataan pada Khamis.

Perkembangan ini menunjukkan tahap kesiapsiagaan dan kemaskini keperluan perlu sentiasa berada di tahap maksimum lebih-lebih lagi dalam fasa musim tengkujuh. Jumlah hujan yang banyak tidak dinafikan sebagai faktor utama, namun persediaan yang rapi dengan penyelenggaraan sistem perparitan serta memastikan laluan air tidak terhalang adalah amat perlu dilakukan.

Namun syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak berkuasa MBJB dan semua jabatan terlibat atas tindakan segera membantu penduduk yang terlibat serta mengawal keadaan.

'Adil, Prihatin dan Berkebajikan'

Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
2 Jamadil Akhir 1445
16 Disember 2023

Ulasan