Cadangan melampau DAP langgar sempadan toleransi, sensitiviti

Cadangan melampau DAP langgar sempadan toleransi, sensitiviti
January 3, 2024


DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) membantah cadangan Ahli Parlimen DAP, YB Ngeh Koo Ham supaya Kerajaan melantik pakar dari kalangan bukan-Islam ke dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN untuk menggubal Undang-undang Islam.

DAP sekali lagi bersikap keterlaluan apabila mahu mencampuri urusan umat Islam, sedangkan Undang-undang Islam hanya melibatkan rakyat beragama Islam.

DMPM menyeru parti-parti komponen yang bekerjasama dengan DAP agar bersikap tegas menghalang setiap usaha DAP yang melanggar sempadan.

DAP harus sedar hakikat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan umat Islam di Malaysia sudah sekian lama bertoleransi sehingga Malaysia kekal aman sehingga saat ini.

Janganlah terus menerus mencabar kesabaran umat Islam. Keharmonian negara akan dapat dikekalkan sekiranya pihak seperti DAP berhenti mencurah api terhadap sensitiviti beragama di Malaysia.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 3/1/2024

Ulasan