Ringgit terus menjunam di minggu pertama 2024


Ringgit terus menjunam di minggu pertama 2024
January 5, 2024

KUALA LUMPUR: Nilai Ringgit terus menjunam ke paras 4.6400 berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) dan masih tidak menunjukkan tanda-tanda pengukuhan daripada ditutup semalam.

Hari ini, Ringgit dibuka pada paras 4.6480 berbanding Dolar AS di mana kadar tersebut masih dikaitkan dengan pasaran yang meletak harapan kepada Bank Simpanan Persekutuan (FED).

FED masih dinanti berhubung tindakannya untuk melakukan pemotongan kadar faedah yang dilihat akan memberi kelegaan kepada kebanyakan mata wang dan juga pasaran global.

Nilai Ringgit turut merosot disebabkan peningkatan dalam Perbendaharaan AS yang menyaksikan kenaikan mata asas apabila masing-masing ditutup pada 4.38 dan 4 peratus.

Ringgit bagaimanapun dalam pada itu diniagakan kebanyakannya lebih tinggi daripada sekumpulan mata wang utama, namun rendah berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia jatuh kepada 3.4921/3.4968 kepada Dolar Singapura dan susut nilai kepada 8.36/8.37 berbanding Peso Filipina, juga lebih rendah kepada 299.1/300.1 berbanding Rupiah Indonesia. – HARAKAHDAILY 5/1/2024

Ulasan