Ahli Parlimen Kuala Krai kata wakil rakyat PN jadi B40

Ahli Parlimen Kuala Krai kata wakil rakyat PN jadi B40

ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
6 Mac 2024, 8:01 am



KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendakwa, terdapat kalangan ahli Parlimen gabungan itu termasuk dalam kumpulan B40 selepas tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan.

Menurut Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), Yang di-Pertuan Agong menyeru semua ahli Parlimen bersatu hati berganding bahu dan bekerjasama membangunkan negara demi kepentingan seluruh rak­yat Malaysia.

“Namun setelah setahun empat bulan di bawah campuran kerajaan PH-BN ini, peruntukan kepada kami yang dipilih oleh rakyat dengan sah tidak pernah diberikan walaupun satu sen.

“Tentunya ini sangat menyukarkan kami dan rakyat kami. Ada kala­ngan kami ahli-ahli Parlimen sebelah sini telah jatuh kepada B40 selang beberapa hari elaun ma­suk kerana terpaksa diagihkan kepada rakyat terutama di awal musim persekolahan seperti ini,” katanya semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di sidang Dewan Rakyat semalam. – UTUSAN

Ulasan