BENCANA DI TIGA NEGERI: KHIDMAT MALAYSIA AKTIFKAN SEGERA BILIK OPERASI KAWASAN TERJEJAS BENCANA



BENCANA DI TIGA NEGERI: KHIDMAT MALAYSIA AKTIFKAN SEGERA BILIK OPERASI KAWASAN TERJEJAS BENCANA

  1. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui kenyataan rasmi di laman webnya telah mengeluarkan peringatan berkenaan permulaan musim peralihan monsun daripada Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya pada bulan April 2024 dan akan berakhir pada awal Mei. Sewaktu musim peralihan monsun ini, seluruh negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah. 
  2. Keadaan ini kondusif untuk berlakunya kejadian ribut petir yang membawa kepada banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.Khidmat Malaysia di setiap peringkat telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di sepanjang tempoh musim peralihan monsun ini bagi memastikan sebarang bentuk bencana yang melanda di kawasan masing-masing dapat diuruskan sebaiknya terutamanya dari segi aspek bantuan pasca bencana termasuk proses mencuci premis terjejas dan juga bantuan segera seperti makanan siap untuk dimakan.
  3. Kejadian bencana banjir yang berlaku pada hari Ahad yang lalu di beberapa tempat dalam negeri Melaka dan yang terkini berlaku pada hari selasa di Sungai Buloh, Selangor dan Rembau, Negeri Sembilan, telah menyebabkan kenaikan air di rumah kediaman dan berlakunya kerosakan kepada harta benda penduduk terjejas. 
  4. Justeru, Khidmat Malaysia di negeri terbabit telah mengaktifkan Bilik Operasi di kawasan terjejas dan telah mangatur bantuan makanan siap di masak dan juga bantuan mencuci rumah dalam kalangan petugas Jabatan Amal Malaysia dan Briged Muslimat Malaysia serta para sukarelawan Khidmat malaysia yang terjejas akibat banjir.
  5. Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Khidmat Malaysia telah diaktifkan bagi memantau perjalanan bilik operasi dan bilik gerakan negeri yang terbabit bencana bagi memastikan proses penyelarasan bantuan bencana dapat dijalankan dengan baik. Setakat ini, para petugas di ketiga-tiga negeri terutamanya di negeri Selangor telah bertungkus lumus memastikan khidmat dan bantuan terbaik diberikan kepada mereka yang terjejas.
  6. Khidmat Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua rakyat Malaysia agar sentiasa berwaspada dengan perkembangan cuaca yang terkini serta mengambil langkah-langkah keselamatan sekiranya kediaman kita diuji dengan bencana Banjir atau ribut dalam musim peralihan monsun ini.
  7. Sebarang maklumat berkaitan bencana banjir boleh disalurkan ke Hotline Khidmat Malaysia di talian 010-5449866.
  8. Sebarang sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) untuk membantu mangsa bencana banjir yang terlibat.

Sekian. Wassalam.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
8 Syawal 1445/ 17 April 2024

 

Ulasan