PANTUN HARI RAYA KELIMA - KFAK


PANTUN HARI RAYA KELIMA

Cuti Raya dah sampai penghujung,
Mula bergerak tinggalkan kampung;
Rasa rindu sukar dibendung,
Apakan daya tugasan bersambung.

Kenderaan berbaris di jalan raya,
Sesak hingga berjam lamanya;
Kalau boleh nak rehat sahaja,
Apakan daya esok dah kerja.

Jarak perjalanan tak pun berubah,
Cuma masa yang bertambah-tambah;
Pemandu penumpang dah naik resah,
Apakan daya terpaksa jua redah.

Apa yang penting kena bersabar,
Jangan leka sentiasa beringat;
Takkan lari gunung dikejar,
Nanti kan tiba dengan selamat.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Kluang, Johor
5 Syawal 1445H

Ulasan