TERIMA KASIH YB USTAZ MOHD FAIRUZ





PAS kawasan Kluang mengucapkan jutaan terima kasih YB Ustaz Mohd Fairuz bin Mohd Isa, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan merangkap ADUN Serting, Negeri Sembilan kerana sudi hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS kawasan Kluang kali Ke-41 pada pagi ini.

Di antara intipati ucapan yang telah disampaikan tadi ;

1. Mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS kawasan Kluang yang telah bertungkus-lu
mus turun membantu gerakerja di DUN Serting.

2. MAT adalah ruang untuk semua pihak bermuhasabah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Pemimpin perlu berlapang dada apabila menerima teguran, ahli juga perlu berlapang dada apabila menerima teguran dari pemimpin.

3. Tuan Guru Presiden PAS telah membentangkan 10 Arahan Kerja. Setiap perkara hendaklah dilaksanakan di setiap peringkat. Antaranya adalah perkara berkaitan dengan ;

- Perlu memahami tema Ucapan Dasar Presiden PAS ; "Adil, Prihatin dan Berkebajikan"
- Memperkemaskan sistem pentadbiran organisasi PAS.
- Ulamak perlu kehadapan termasuk menjuarai isu rakyat dan masyarakat.
- Perlu dekati semua peringkat masyarakat ; golongan anak muda dan golongan veteran.
- Perlu fokus kepada persiapan menghadapi PRU. Bakal calon perlu dipersiapkan awal.

Terima kasih juga kepada Ustaz Abu Irfan bin Mohamad, Ketua Penerangan PAS Negeri Johor

PAS KAWASAN KLUANG

Ulasan