Hari ini dalam sejarah PAS (10 Jun 1959)
Pilihan raya negeri Johor 1959: imbasan ringkas penyertaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Pilihan raya peringkat negeri (PRN) berlangsung secara berasingan dengan pilihan raya peringkat persekutuan. Malah, semua PRN telah selesai sebelum berlangsungnya pilihan raya peringkat persekutuan.
Pilihan raya negeri bagi Johor 1959 berlangsung pada 10 Jun selepas lebih sebulan berlangsungnya hari penamaan calon, iaitu pada 6 Mei.
Hari penamaan calon peringkat persekutuan adalah pada 15 Julai, manakala hari mengundi berlangsung pada 19 Ogos.
Sebanyak 32 kerusi dipertandingkan pada PRN Johor 1959. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menghantar seramai 9 orang calon.
Selain PAS, Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC (32 orang calon), Parti Negara (23 orang calon), Barisan Sosialis Rakyat yang terdiri daripada Parti Buruh dan Parti Rakyat (10 orang calon) dan 9 orang calon Bebas turut menyertai PRN ini.
Dalam kalangan calon bebas, dua orang daripadanya ialah calon dari Persatuan Indonesia Tanah Melayu, manakala dua orang lagi ialah pemimpin UMNO yang bertanding tanpa mendapat persetujuan Perikatan.
Berikut ialah senarai calon dari PAS dalam PRN Johor 1959:
1. DUN Pontian Dalam: Ahmad bin Haji Hassan
2. DUN Tanjong Sembrong: Jailani bin Haji Abdullah
3. DUN Benut: Abdul Latiff bin Haji Othman
4. DUN Parit Jawa: Twahir bin Daeng Mengati
5. DUN Ayer Hitam: Hashim bin Irrakal
6. DUN Rengit: Abdul Jamil bin Sulaiman
7. DUN Serom: A. Razak bin Ibrahim
8. DUN Jorak: Muhammad bin Turus
9. DUN Parit Bakar: Sheikh Ali Al-Baiti
Keputusan PRN ini menyaksikan PAS tewas kepada UMNO yang mewakili Parti Perikatan di semua kerusi yang ditandingi. PAS hilang deposit di 2 DUN iaitu Parit Bakar dan Jorak.
-------------
Sempena Pilihan raya negeri Johor 2022 yang lalu, kami pernah menerbitkan nota "PAS dan pilihan raya negeri Johor". Anda boleh membacanya di sini: https://bit.ly/pasprnj
Ulasan
Catat Ulasan