Ramai pemimpin PN iringi Muhyiddin ke mahkamah



Ramai pemimpin PN iringi Muhyiddin ke mahkamah
August 27, 2024

GUA MUSANG: Orang ramai memenuhi perkarangan Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini bagi mengikuti perbicaraan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Turut hadir Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Mohd Radzi Md Judin; Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal; Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain itu Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor dan pemimpin-pemimpin PAS.

Dr Mohd Radzi berkata, ramai pemimpin PN hadir di Mahkamah Sesyen Gua Musang bagi mengikuti pendakwaan di bawah Akta Hasutan terhadap Pengerusi PN.

Baru-baru ini polis mengambil kenyataan bekas Perdana Menteri terbabit berhubung ucapannya ketika kempen Pilihan Raya Kecil Nenggiri.

Muhyiddin berkata, beliau memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan menjelaskan fakta-fakta berhubung ucapan saya.

“Ucapan saya langsung tidak mempunyai niat untuk menghina institusi Raja di negara ini. Ia adalah ucapan kempen pilihan raya di mana saya menyatakan fakta mengenai penubuhan kerajaan selepas PRU-15 secara sepintas lalu.

“Namun begitu, terdapat pihak yang memutarbelit ucapan saya termasuk menyunting video dengan niat untuk memfitnah kononnya saya menghina Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah dan menghasut rakyat supaya membenci Raja,” katanya pada kenyataan baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 27/8/2024

Ulasan