Tanah jerlus: Operasi SAR dihentikan hari ini
August 31, 2024
Foto daripada Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan menghentikan unitnya untuk mencari wanita warga India semalam, secara rasminya tular berita operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan serta merta hari ini.
Keputusan yang diambil oleh pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa selepas membentangkan kesemua pendapat dalam mesyuarat Jemaah Menteri daripada agensi-agensi yang terlibat dalam SAR.
Pandangan semua bentuk kepakaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan dan Geosains (JMG) serta Agensi Nuklear Negara telah membawa keputusan menghentikan SAR tersebut.
Terdahulu, insiden atau tragedi lubang benam di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lalu telah menggemparkan negara apabila seorang pelancong wanita dari India, Vijayaletchumy, 48, telah terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter.
Ditambah pula, selang beberapa hari selepas kejadian tersebut, pada 28 Ogos pula satu lagi kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tersebut.
Oleh yang demikian, kesemua pihak SAR telah mengambil kira isu keselamatan orang ramai dan kawasan sekitar. – HARAKAHDAILY 31/8/2024
share & sebarkan:
Ulasan
Catat Ulasan