
Bimbang menteri guna pengaruh untuk sebar dakyah
December 28, 2024
KOTA BHARU: PAS Kelantan menyatakan kebimbangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendedahkan Hannah Yeoh terlibat dengan evangelisme.
Ketua Muslimat PAS Kelantan, Dato’ Siti Zailah Yusoff berkata perasaan terus memuncak apabila Ahli Parlimen Segambut itu dilantik Menteri Belia dan Sukan di bawah kerajaan kini.
Beliau berkata, tindakan tersebut dilihat jelas bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam agama rasmi, selain agama dan fahaman lain tidak disebarkan kepada orang Islam.
“Dia mengaku seolah-olah dia anak tuhan macam dia nak sebarkan, kita bimbang pengaruh itu akan digunakan dengan pengaruhnya sebagai menteri dalam untuk sebar kepada orang lain.
“Benda ini memang bercanggah agama Islam dan Perlembagaan Malaysia dan dia kena bertanggungjawab perkara ini,” katanya di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di sini semalam.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Disember lalu menolak saman fitnah difailkan Hannah Yeoh terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 30 Januari 2020.
Dalam forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Hassan mendedahkan pemimpim DAP itu dikaitkan usaha menjadikan Malaysia negara Kristian melalui buku ‘Becoming Hannah’.
Selain mempunyai hubungan golongan evangelis dan Yahudi yang boleh merosakkan Islam dan negara, Hannah turut berperanan sebagai duta tuhan untuk sebar agama Kristian.
Dalam penghakiman itu, Hakim Arziah Mohamed Apandi mendapati bahawa kenyataan Musa Hassan tidak bersifat fitnah serta kenyataan Hannah Yeoh dalam buku mempunyai kebenarannya.
Malah turut mengakui tugasnya sebagai ‘Duta Tuhan’ selain usaha sedaya supaya untuk menyebarkan ajaran Kristian secara halus di Malaysia. – HARAKAHDAILY 28/12/2024
Ulasan
Catat Ulasan