Jabatan Amal Kedah gerak operasi cuci di Sik

Jabatan Amal Kedah gerak operasi cuci di Sik
December 4, 2024

SIK: Sebanyak 80 rumah berjaya dibersihkan pada operasi Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah mencuci rumah mangsa banjir, sekitar daerah ini.

Operasi berkenaan melibatkan lima rumah di Kampung Kota Aur, 13 rumah di Kampung Kuala Jeneri dan Kampung Baru Nami, juga melibatkan 23 rumah di Kampung Padang Chicak, Gajah Putih, Kuala Temin dan Kuala Ruman.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Amal Kedah, Mohd Aziz Kassim, operasi itu dilaksanakan semalam empat hari bermula 29 November lalu, hingga kelmarin.

“Operasi mencuci ini juga membabitkan 35 rumah mangsa banjir di DUN Belantik dan Jeneri pada semalam,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, semalam.

Jelasnya lagi, lebih daripada 80 anggota sukarelawan sama ada Jabatan Amal, Khidmat Malaysia dan lain-lain digerakkan untuk menjayakan operasi tersebut.

Beliau yang juga Ketua Sektor Operasi JAM Kedah berkata, operasi tersebut dijayakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) kedua-dua DUN berkenaan, termasuk juga Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sik.

Ujar Aziz, pihaknya juga memerlukan lebih ramai sukarelawan terutama dari kalangan anak-anak muda untuk membantu menjayakan operasi ini apabila kebanyakan kampung yang dinaiki air mula surut. – HARAKAHDAILY 4/12/2024

share & sebarkan:

Ulasan