TIADA TOL PERCUMA MUSIM PERAYAAN; SIAPA UNTUNG?






TIADA TOL PERCUMA MUSIM PERAYAAN; SIAPA UNTUNG?

1. Semasa umum Tol Rahmah Percuma pada tahun 2023, ia diumumkan sebagai khabar gembira untuk rakyat Malaysia. PMX dengan penuh bangga dan berbesar hati mahukan rakyat Malaysia gembira dapat tol percuma (walaupun dah bertahun tol percuma diberikan bila hari perayaan).

2. Tol percuma musim perayaan bukanlah perkara baharu di negara kita dan adalah sesuatu yang boleh dianggap sebagai 'rutin' tahunan yang pasti akan dinikmati bila musim perayaan tiba.

3. Namun bermula tahun ini, tiada lagi khabar gembira dengan alasan ia tidak selesaikan masalah kesesakan. Tiadalah lagi Tol Percuma Rahmah yang pernah PMX umumkan sebelum ini.

4. Saya lebih setuju jika Datuk Seri Zahid Hamidi (DSZH) beri alasan bahawa tindakan kerajaan ini adalah kerana ia dapat kurangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk membayar kepada syarikat konsesi lebuh raya.

5. Tahun 2024; kerajaan perlu bayar RM80 juta untuk berikan tol percuma untuk pengguna lebuh raya Malaysia dan ia tidak mendatangkan apa² hasil pun kepada kerajaan malah kerajaan pula yang perlu tanggung kos.

6. Tapi saya fikir susah juga DSZH nak berikan alasan begitu kerana sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan para pengguna.

7. Malah, saya percaya bahawa masalah kesesakan di lebuh raya bukan hanya berlaku bila tol diberikan percuma tetapi ia adalah norma biasa apabila cuti perayaan tiba.

8. Maka akhirnya DSZH beri alasan (bagi pihak kerajaan) bahawa tiada tol percuma kerana ia tidak selesaikan kesesakan di lebuh raya. Siapa untung, siapa rugi?

Sekian.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Kluang, Johor
22 Januari 2025

Ulasan