Bila ada program yang bertindih tarikh dan masa, kita perlu tentukan yang mana perlu diberikan prioriti dan keutamaan;
1. Pastkan kepentingan & matlamat program yang lebih utama. Jika kehadiran kita lebih diperlukan, peranan kita lebih penting maka utamakan yang lebih relevan.
2. Jika program itu memberi manfaat besar kepada organisasi, komuniti atau individu yang memerlukan, ia perlu diberi keutamaan.
3. Jika kita memainkan peranan penting dalam salah satu program (seperti penceramah atau penyelaras utama) maka kehadiran kita mungkin lebih diperlukan.
4. Jika salah satu program memerlukan tindakan segera (contohnya, operasi menyelamat bencana banjir), ia lebih wajar diutamakan.
5. Jika kita hadir kedua-duanya tetapi tidak sepenuh masa atau boleh hadir melalui maya, maka boleh dipertimbangkan untuk hadir kedua-duanya terapi pastikan komitmen kita tidak terganggu.
Kerana itu kita perlu memahami apa itu AWLAWIYAT yang bermaksud memberikan keutamaan dalam sesuatu perkara berdasarkan kepentingan, kesan dan keperluan supaya dapat membantu kita membuat keputusan yang lebih bijak dan berkesan.
Secara teorinya begitulah, bergantung pada kita untuk menentukannya.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan