NAJWAN HALIMI HANYA BACA TAJUK BERITA SAHAJA


NAJWAN HALIMI HANYA BACA TAJUK BERITA SAHAJA

1. Nampaknya ramai juga yang berminat untuk mengulas posting YB Syahir Sulaiman tentang ramai yang layak ganti DSAI sebagai PM.

2. Termasuklah YB Najwan Halimi yang nampak rajin memberi respon tapi malangnya beliau mengulas berpandukan kepada tajuk berita ataupun mungkin hanya menjawab soalan wartawan tanpa membuat 'homework' seperti mana yang disarankan oleh YB Syahir.

3. YB Syahir dalam posting di FBnya menyebut; "Bukan jawatan Perdana Menteri yang dikejar Presiden kami" terapi apa yang disiarkan oleh Malaysiakini BM adalah "Hadi bukan kejar kuasa seperti Presiden kamu"

4. Maka disebabkan tidak teliti untuk mendapatkan sumber sebenar, mungkin sebab kurang masa atau pun mungkin tidak minta pegawainya buat semakan, maka beliau membuat ulasan berpandukan berita yang disiarkan. Saya telah rujuk ke FB beliau dan tidak ada apa-apa posting yang disiarkan berkaitan isu ini.

5. Maka Najwan memberi respon terhadap tajuk berita yang membawa kepada 'langkah Sheraton' yang nak dikaitkan dengan 'kejar kuasa' yang disiarkan.

6. Sebab itu, kenalah baca sumber asal sebelum membuat ulasan. Mengulang balik apa yang YB Syahir sarankan; kena rajin buat 'homework'. Untuk lebih selamat, buat hantaran komen anda di dalam Page anda di FB.

KFAK




Ulasan