Pelaksanaan syariah di Aceh bawa kebaikan
February 24, 2025
Share
Ustaz Hanif Jamaluddin (tiga dari kiri) bertukar cederahati dengan Pegawai Utama Dinas Syariat Islam Aceh dan Kementerian Agama Provinsi Aceh.
KUALA LUMPUR: Lawatan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke Aceh, membolehkan rombongan DPPM melihat pelaksanaan syariah di wilayah Indonesia itu yang membawa banyak kebaikan kepada masyarakat di sana, terutama mengurangkan kadar jenayah.
Ini membuktikan bahawa undang-undang Islam sangat menjaga dan mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.
Menariknya, masyarakat bukan Islam di Aceh yang diberi pilihan antara undang-undang syariah atau sivil turut memilih untuk mengikut undang-undang Islam.
Mengikut DPPM dalam media sosial: “Ini bukti keadilan dan keberkesanan hukum Allah dalam menjaga kesejahteraan manusia.”
Rombongan DPPM yang diketuai Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hanif Jamaluddin, juga membuat kunjungan hormat kepada Pegawai Utama Dinas Syariat Islam Aceh dan Kementerian Agama Provinsi Aceh.
Dalam perbincangan itu, fokus adalah terhadap pelaksanaan syariat dan sistem pentadbiran agama Islam di wilayah itu.
“Allah yang menciptakan manusia, maka pastinya hukum-Nya adalah yang terbaik untuk kesejahteraan kita. Semoga suatu hari nanti, Syariat Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya di tanah air kita. InsyaAllah!” kata DPPM dalam kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 24/2/2025
Ulasan
Catat Ulasan