‘Mohon pencerahan daripada kementerian tentang LGBT’


‘Mohon pencerahan daripada kementerian tentang LGBT’
March 24, 2025

Senator Hussin Ismail

KUALA LUMPUR: Tindakan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) merupakan amalan yang dikutuk dalam al-Quran dan telah menunjukkan kesan buruk dalam sejarah.

Sehubungan itu, Senator Hussin Ismail berkata, mempersoalkan pendirian rasmi kerajaan berhubung isu itu sambil merujuk kepada kesan negatif yang telah terbukti dalam sejarah.

“Ini adalah amalan kaum Nabi Lut yang sangat dikutuk dalam al-Quran oleh Allah yang sudah pun berlaku tunjuk kesalahan yang sangat ketara dalam sejarah.

“Cumanya saya nak bertanya pendirian rasmi kerajaan terhadap perkara ini sebab tadi kesan penyakit itu ada tindakan yang dibawa oleh kerajaan, mohon pencerahan daripada kementerian tentang LGBT ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Lukanisman Awang Sauni, berkata kerajaan menasihatkan masyarakat supaya mengelakkan aktiviti berisiko yang boleh menjejaskan kesihatan.

“Kita akan menasihatkan kepada masyarakat untuk mengelakkan aktiviti-aktiviti yang memudaratkan dan juga sekiranya seseorang individu telah dijangkiti sudah pasti ia akan melibatkan satu proses rawatan yang berterusan dan berpanjangan dan juga melibatkan kos,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/3/2025

Ulasan