Penjawat awam Kelantan dapat bantuan khas Aidilfitri RM500, pegawai lantikan politik RM250

Penjawat awam Kelantan dapat bantuan khas Aidilfitri RM500, pegawai lantikan politik RM250
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Mac 26, 2025 @ 1:26pm
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud. - Foto fail NSTP

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada 9,000 penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bantuan itu akan diberikan esok.

"Hasil mesyuarat hari ini, kita bersetuju memberi bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam sebanyak RM500 seorang membabitkan kos RM5 juta.

"Selain itu, bayaran penghargaan ini turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan sebanyak RM250," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat EXCO di sini, hari ini.

Katanya, bantuan itu bagi menghargai jasa dan bakti mereka yang berkhidmat selama ini.

Ulasan