Qatar desak tindakan antarabangsa segera hentikan keganasan Israel


Qatar desak tindakan antarabangsa segera hentikan keganasan Israel
18 Mac 2025, 11:06pm

Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani.- Foto REUTERS

DOHA: Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, menuntut tindakan segera masyarakat antarabangsa bagi memaksa Israel melaksanakan gencatan senjata, mematuhi perjanjian dan kembali ke meja rundingan.

Beliau dalam kenyataan di media sosial menyifatkan serangan udara Israel yang menyasarkan wanita dan kanak-kanak Palestin yang berlindung di khemah sebagai jenayah kejam.

“Pengeboman kejam di Gaza pada awal pagi ini yang menyasarkan wanita dan kanak-kanak yang sedang tidur dalam khemah pelarian, di bawah kepungan tidak berperikemanusiaan, kekurangan bantuan serta runtuhnya kemudahan perubatan, merupakan satu lagi jenayah keji yang dilakukan pendudukan (Israel) tanpa sebarang tanggungjawab.

“Kami menegaskan pendirian teguh Qatar dalam menyokong rakyat Palestin dan menggesa tindakan antarabangsa segera serta tegas untuk memaksa Israel melaksanakan gencatan senjata serta kembali kepada perjanjian dan rundingan,” katanya.

Serangan udara Israel di Gaza setakat ini telah meragut lebih 400 nyawa, menurut pihak kesihatan Palestin.

Serangan itu juga mengancam sepenuhnya gencatan senjata selama dua bulan, dengan Israel berikrar menggunakan lebih banyak kekuatan bagi membebaskan tebusan yang didakwa ditahan kumpulan pejuang Hamas.

Ulasan