
Warga emas parah dirempuh kereta ketika berteduh di lorong kecemasan
Oleh Noor Hidayah Tanzizi - Mac 24, 2025 @ 6:03pm
KUALA LUMPUR: Lelaki warga emas yang berteduh daripada hujan di lorong kecemasan di bawah jejambat parah dirempuh sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, selepas Tol Sungai Besi, di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata video kejadian membabitkan penunggang motosikal berusia 76 tahun itu tular di media sosial.
Katanya, pemandu kenderaan berusia 40 tahun juga sudah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati penunggang motosikal berkenaan berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh sebelum dirempuh daripada belakang oleh sebuah kereta
Ulasan
Catat Ulasan