AI PUNCA KESILAPAN ILUSTRASI JALUR GEMILANG; KPM GAGAL DALAM MEMBUAT SEMAKAN DAN PENELITIAN



AI PUNCA KESILAPAN ILUSTRASI JALUR GEMILANG; KPM GAGAL DALAM MEMBUAT SEMAKAN DAN PENELITIAN

1. Malaysia baru sahaja digegarkan dengan isu kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang dalam penerbitan dalam akhbar Sin Chew Daily pada minggu lalu. Seluruh negara mengecam akhbar ini sehingga Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut bertitah supaya pengurusan dan sidang akhbar ini mesti lebih berhati-hati pada masa hadapan.

2. Hari ini, dalam kegembiraan ibu bapa dan penjaga meraikan kejayaan anak-anak menerima keputusan SPM, kita dikejutkan pula dengan insiden yang sama tetapi kali ini melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah cuai menerbitkan laporan Analisis Keputusan SPM yang telah diedarkan sebelah pagi tadi.

3. Akibat terlalu percayakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menyebabkan pihak KPM culas untuk membuat semakan dan penelitian serta kawalan kualiti (QC) terhadap ilustrasi yang akhirnya membawa padah.

4. Kesilapan KPM ini tidak boleh dipandang ringan, tidak kira sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak. Malah tidak cukup dengan hanya permohonan maaf, siasatan perlu dilakukan oleh pihak PDRM.

5. Adalah tidak adil sekiranya kecuaian KPM berakhir hanya dengan permohonan maaf sahaja.

KFAK

Ulasan