Apabila turun ke Kampung Kuala Sungai Baru tadi, saya tidak boleh nak membayangkan bagaimana mereka yang masih berada di sana menyelamatkan diri dari bencana kebakaran yang berlaku bersebelahan dari tempat kejadian kebakaran di Putra Hights.
Ada penduduk yang menceritakan bagaimana mereka lari ke arah Sungai Klang untuk menyelamatkan diri dalam keadaan bahang mencecahkan 1000 darjah celsius!
Melarikan diri dalam keadaan api menjulang tinggi dengan bahang luar biasa, berlari tanpa menoleh ke belakang kerana ketakutan.
Apapun, walaupun banyak harta yang musnah tetapi sehingga kini masih belum ada laporan tentang kehilangan nyawa, alhamdulillah.
Laporan penuh akan disiarkan oleh Khidmat Malaysia
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan