JURUAUDIT ANTARABANGSA TELITI ADUAN PEMILIHAN PKR?


JURUAUDIT ANTARABANGSA TELITI ADUAN PEMILIHAN PKR?

1. Tiba-tiba hari ini DSAI memberikan respon balas terhadap wartawan yang ingin tahu tentang perkembangan isu pemilihan PKR. Dengan menyebut bahawa aduan pemilihan PKR sedang diteliti oleh 'Juruaudit Antarabangsa' maka akan nampaklah keseriusan PKR dalam memastikan aduan yang diterima akan diadili dengan telus.

2. Isu yang PKR sedang hadapi ini bukanlah perkara baharu. Semasa pemilihan PKR tahun 2022, memang terdapat usaha pihak luar untuk menggoda keputusan pemilihan PKR. Kerana itulah ramai yang masih sangsi dengan pemilihan secara 'online' kerana ketelusannya masih boleh diragui.

3. Cuma saya agak musykil kenapa perlu sampai menggunakan Juruaudit Antarabangsa untuk meneliti aduan yang dikemukakan oleh mereka yang terlibat. Adakan Jawatankuasa Pemilihan PKR tidak yakin dengan Juruaudit Dalam Negara?

4. Seperkara lagi, menggunakan khidmat Juruaudit Antarabangsa baharu sahaja kedengaran, hanya selepas DSAI sebutkan tadi. Mungkin ia sudah dimaklumkan secara dalaman parti, namun ia pasti akan membuka ruang perbincangan sekiranya perkara ini baru diketahui oleh ahli PKR sendiri.

Janganlah marah, saya hanya bertanya sahaja

KFAK

Ulasan