MASIH BELUM BOLEH NAK 'MOVE ON'
Saya beri komentar awal dalam ruang komen Malaysiakini BM terhadap surat pembaca Syazmir HN dengan menulis ;
"Tak boleh nak 'move on' lagi ke? Jika rindu katakan sajalah rindu
"


Petang ini barulah sempat saya mencari FB penulis dan meneliti posting yang dia siarkan yang menulis dari sisi pandangan dia yang sudah tidak lagi berada di dalam PAS.
PAS kehilangan kira-kira 30 ribu ahli yang keluar dan sebahagian besarnya menyertai PAN pada tahun 2015, tetapi dalam tempoh sembilan tahun (Januari 2016 - Disember 2024) PAS telah terima 287,851 orang ahli baharu.
Jangan lupa juga, bukan hanya 30 ribu yang keluar PAS menerima tarbiyyah daripada almarhum TGNA dan UFN tetapi kami yang masih istiqamah juga menerima tarbiyyah yang sama daripada kedua-dua mereka. Bezanya, kami terus berjuang bersama PAS yang telah wujud sejak tahun 1951 lagi kerana perjuangan kami kerana dasarnya, bukannya kerana pemimpin.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan