PERTAMA KALI TERTINGGAL HP DALAM GRAB!


PERTAMA KALI TERTINGGAL HP DALAM GRAB!

1. Tiba di TBS semalam pukul 11.50 malam, option yang ada adalah Grab kerana LRT sudah hampir tamat operasi, lebih-lebih hujan masih turun.

2. Tambang Grab malam tadi berpatutan; RM15.30 sahaja. Memandangkan kenderaan pun tak banyak maka cepatlah saya tiba ke destinasi.

3. Sejurus selepas turun dari kereta, saya tersedar HP saya tiada di dalam kocek jaket yang saya pakai. HP yang tertinggal itulah saya gunakan untuk apps Grab.

4. Mujur ada satu lagi HP yang gunakan untuk call HP saya yang tertinggal di dalam kereta. Selepas empat kali panggilan, barulah pemandu Grab mengangkat panggilan (HP di kerusi belakang).

5. Ini adalah pengalaman pertama saya tertinggal HP dalam public transport. Mudah-mudahan ia adalah yang pertama dan terakhir.

6. Terima kasih kepada Encik Shahril Abdul Rahman, pemandu Grab Perodua Bezza (Silver). Saya sangat hargai kerana menghantar semula HP saya malam tadi

KFAK

Ulasan