PRK Ayer Kuning: Ribuan penyokong iring calon PN



PRK Ayer Kuning: Ribuan penyokong iring calon PN
April 12, 202

TAPAH: Ribuan penyokong PERIKATAN NASIONAL (PN) membanjiri pekarangan Pejabat Daerah Tapah, mengiringi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di sini hari ini.

Calon, Ustaz Abdul Muhaimin Malek, tiba sekitar jam 8:40 pagi, diiringi beberapa pemimpin PN termasuk Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Sementara para penyokong PN yang datang dari seluruh Malaysia, berada sejak awal pagi di pekarangan Gelanggang Futsal, untuk berarak bersama calon ke Pusat Penamaan Calon, di Pejabat Daerah Tapah, di sini.

Pelbagai slogan kata semangat dilaungkan sepanjang perarakan itu, sebagai tanda semangat memberi sokongan kepada calon PN.

Setakat ini tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan suasana berlangsung dengan harmoni dan muhibah serta penuh semangat.

Turut kelihatan bersama memberi sokongan pada penamaan calon ini, termasuklah anak-anak muda yang kelihatan bersemangat sambil memegang sepanduk PN.

Walaupun cuaca agak panas, namun masing-masing tidak berganjak dan sabar menanti sehingga proses penamaan calon selesai. – HARAKAHDAILY 12/4/2025

Ulasan