DUA JAWATAN MENTERI BAKAL KOSONG; PROSES MELOBI SAMPAI KE AKAR UMBI
1. Semakin hari semakin jelas kita boleh lihat kemaruk kuasa dalam parti derita dan air mata yang berterusan menghiasi laman media dengan kisah yang memperlihatkan kekalutan dalam parti.
2. Semalam kecoh dengan pengumuman Datuk Seri Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk membolehkannya menyertai PKR. Tiba-tiba muncul pula berita pemimpin PKR sedang galak untuk melobi jadi Menteri.
3. Disebabkan dua jawatan Menteri bakal kosong maka ada yang merasakan mereka lebih layak untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan itu. Oleh kerana ia akan diisi, sudah tentulah kuota tersebut perlu diisi oleh mereka yang berkelayakan dan mereka yang rasa mereka lebih layak memulakan proses melobi.
4. Walaupun mereka tahu bahawa Presiden Parti mempunyai hak untuk menamakan dan mengangkat nama-nama yang bakal mengisi kekosongan tersebut, suara akar umbi di peringkat Ketua Cabangi diharapkan akan dapat mempengaruhi keputusan Presiden.
5. Bila sudah sampai ke peringkat melobi Ketua-Ketua Cabang untuk jadi Menteri, semakin jelas kepentingan peribadi lebih diutamakan. Tapi mungkin kini ia sudah menjadi budaya PKR dewasa ini sehingga Ahli sendiri terpaksa 'mengadu' pada media.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan