Wah! Sudah semakin hampir!
Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia Kali Keenam (HEBAT 6.0) adalah acara perkhemahan tahunan bakal dilaksanakan di Tasik Timah Tasoh, Perlis pada 15-17 Ogos 2025.
Persiapan sudah masuk ke fasa terakhir dan mesyuarat pemantauan baru selesai sebentar tadi dipengerusikan oleh Ashraul Fauzan yang dilantik sebagai Pengarah pada kali ini.
Seramai 221 orang peserta telah mendaftarkan diri dan penyertaan pada Kali ini terpaksa dihadkan.
Terima kasih kepada YAB Cikgu Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis yang sudi merasmikan HEBAT 6.0 ini nanti.
Sekian, terima kasih.
Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah.
Ulasan
Catat Ulasan