FAM KECEWAKAN PEMINAT BOLA SEPAK MALAYSIA
Seperti mana yang telah saya nukilan beberapa jam tadi, FAM bukannya telah melakukan kesilapan teknikal tetapi telah membuat penipuan yang sangat jelas dalam memanipulasi maklumat tentang tujuh pemain warisan Malaysia.
Luahan kekecewaan terhadap FAM datang daripada seluruh rakyat Malaysia, dari anak-anak di bangku sekolah rendah sampailah kepada golongan veteran, menjadi diskusi hangat dalam group WhatsApp dan Facebook.
Walaupun ada pihak yang pada peringkat awalnya sukar untuk menerima kehadiran ramai pemain naturalisasi tetapi demi maruah dan nama baik bola sepak kita, usaha FAM disambut dengan dokongan peminat.
FAM perlu tampil dengan jawapan yang tuntas, kami sedang menanti dengan penuh rasa dukacita dan terkilan yang sukar dibendung.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan