KEDAH DILANDA BANJIR KILAT
Hujan lebat sejak pukul 6 petang tadi telah menyebabkan beberapa kampung dan kawasan perumahan di daerah Kubang Pasu dan Pokok Sena dilanda banjir.
Mengikut laporan yang diterima dari beberapa sukarelawan Khidmat Malaysia negeri Kedah, antara kawasan yang dilaporkan terjejas di daerah Kubang Pasu setakat ini adalah Tanah Merah, Taman Mahsuri, Pantai Halban dan Kampung Malau.
Manakala dalam daerah Pokok Sena, kawasan terjejas antaranya Kampung Tuba dan Kampung Machang Kudong.
Mengikut laporan MetMalaysia banyak negeri dilanda ribut petir dan banjir kilat sehingga pukul 1 pagi nanti melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, sebahagian negeri Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Dilaporkan juga oleh seorang sukarelawan Khidmat Malaysia malam ini di lebuhraya PLUS plus sekitar kawasan Taiping sedang dinaiki air, hanya satu lorong sahaja yang dibuka sehingga menyebabkan lalulintas sesak.
Fasa peralihan Monsun sedang berlaku bermula 30 September sehingga November nanti yang biasanya akan mengakibatkan ribut petir dan banjir kilat. Justeru perlu tingkatkan kesiapsiagaan semua pihak.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan