TAHNIAH : SATU PENDEDAHAN YANG BERANI
Bila baca kenyataan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad yang secara jujur mengakui, beliau menemui banyak perkara negatif berkait sistem pendidikan negara 'disimpan di bawah karpet', hanya dalam tempoh tiga bulan dilantik ke dalam portfolio berkenaan.
Antaranya adalah membabitkan aduan berkaitan kes amang seksual dan buli yang dikesan berlaku dalam institusi membabitkan KPM.
Saya tidak mahu ulas panjang cuma selagi mana KPM tidak serius untuk tangani masalah-masalah ini, maka akan berkembang biak kes-kes yang kita tidak jangka akan berlaku di sekolah seperti kes tikam pelajar yang paling terbaru ini.
Menteri Pendidikan masih berada pada tahap GAGAL untuk mendepani isu-isu moral dan disiplin di sekolah. Desakan untuk beliau berundur semakin kuat. Dengan pendedahan terbaru ini, memang selayaknya beliau berundur.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan