Alhamdulillah, ini adalah posting saya yang ke-6,000 sejak blog ini diwujudkan pada 2011. Untuk catatan istimewa ini, saya berkongsi mengenai lima calon PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya DUN Sabah Ke-17:
1. Datuk Dr Aliakbar Gulasan (Karambunai) – Pesuruhjaya PAS Sabah, bekas ADUN Lantikan (2020-2025), PhD Geografi Bandar (UKM), dan Pensyarah Kanan UMS (1996-2020).
2. Ahmad Dullah (Tanjung Batu) – Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, usahawan, Sarjana Muda Komunikasi (UPM), Yang Dipertua PAS Kalabakan sejak 2010, penerima BK & ASDK.
3. Dr Munzier Mahamud (Balung) – Doktor perubatan, Ketua Dewan Pemuda PAS Tawau, Pengerusi PAPISMA Sabah.
4. Hasan Haris (Merotai) – Diploma Perbankan (UiTM), pengalaman luas dalam sektor perbankan, Ahli Perhubungan PAS Sabah, aktif dalam Jabatan Amal.
5. Kasman Karate (Kunak) – Guru Besar SRITI Falah, bekas Ahli Majlis Daerah Kunak (2020-2023), Timbalan Pengerusi PN Lahad Datu.
PAS menaruh harapan besar agar kelima-lima tokoh ini dapat memimpin, memperkukuh khidmat masyarakat dan membawa aspirasi rakyat Sabah ke pentas negeri.
SELAMAT BERJUANG SEMUA!
KFAK
– Sumber: HarakahDaily, 11/11/2025

Ulasan
Catat Ulasan