Menjelang Debat CSL dan LGE

Salam perjuangan,

Petang ini, dua tokoh politik daripada dua parti yang berbeza akan bertemu dalam debat yang bertajuk 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua-bangsa?' yang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI). Debat itu akan disiarkan secara langsung dari Berjaya Times Square di Astro AEC dan YouTube, manakala skrin besar akan turut disediakan di luar dewan debat. debat akan bermula pada pukul 5 petang ini.

Debat di antara Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek dan Setiausaha Agong DAP YAB Lim Guan Eng sudah pasti akan mendapat perhatian pelbagai pihak kerana isu yang akan diperdebatkan adalah berkaitan dengan sistem dua parti yang berkaitan dengan masa depan masyarakat Cina di Malaysia.

Walaupun ia dilaksanakan dengan menggunakan bahasa ibunda masyarakat Cina namun saya berharap ianya akan dikembangkan dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggerisagar dapat menjadi rujukan dan bahan ilmiah untuk semua.


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telahpun membuka langkahnya di dalam ucapannya pada pagi tadi dengan mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan. Dr Chua mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sudah tentu ia akan menjadi senjata Dr Chua untuk menyerang LGE pada petang ini berserta senjata-senjata yang lain.

Apapun, saya ucapkan selamat berjaya kepada kedua-duanya dan saya percaya LGE pasti mampu memberikan hujahnya dengan lebih baik.

Entah bila pula kita akan berpeluang untuk melihat debat di antara DS Najib Razak berdepan dengan DS Anwar ataupun DS TG Hadi?

Wassalam

Ulasan