Pendedahan Terbaru Rafizi @ PKR : Mampukah Sharizat Bertahan?

Salam perjuangan,

Seperti yang dijanjikan oleh anak muda PKR yang bertindak sebagai Pengarah Strategik parti ini, Rafizi mendedahkan lagi bukti bahawa terdapat lagi penyelewengan yang telah dilakukan oleh Sharizat sekeluarga dalam isu NFC. Pendedahan pada hari ini sememangnya mengejutkan dan ia tentunya akan meledakkan lagi desakan Ketua Umno Bahagian Cheras agar Sharizat meletakkan jawatan.

Pendedahan ini dilihat 'tidak setimpal' dengan hadiah baju kurung merah yang akan dihadiahkan oleh Sharizat kepada Rafizi. Sudah tentu pendedahan terbaru ini akan menyulitkan lagi masa depan politik Sharizat.

Saya petik daripada laporan berita mStar yang menyiarkan pendedahan terbaru berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional (PFN) apabila mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membeli dua unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura bernilai lebih RM34.56 juta.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menyatakan bahawa pembelian dua unit kondominium mewah atas nama suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh diluluskan oleh dua bank iaitu United Overseas Bank Limited (OUB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank)

Mengikut Rafizi, kemudahan pembiayaan untuk membeli dua unit kondominium ini dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbalbalik kerana NFCorp (National Fidlot Corporation) dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizatmempunyai deposit besar di bank-bank tersebut.

Saya percaya, kita semua yang waras berfikir sudah tentu menggeleng-gelengkan kepala dengan pendedahan ini. Adakah ini caranya mereka menggunakan wang rakyat yang sepatutnya diuruskan untuk projek lembu tetapi dijadikan 'modal' untuk mereka meluaskan empayar kekayaan.

Saya menunggu respon terbaru Sharizat, mudah-mudahan respon yang diberikan mampu untuk dipertimbangkan oleh massa sebagai jawapan yang menyebelahi Sharizat. Cukup-cukuplah menggunakan Wanita Umno sebagai perisai.

Ulasan