Zulkifli Hir : Rakyat Malaysia Terbunuh di Selatan Filipina

Salam perjuangan,

Bertemankan gajet yang mudah dibawa ke mana-mana, saya terjumpa dengan sebuah kisah yang menarik tentang seorang rakyat Malaysia yang terbunuh di selatan Filipina kelmarin selepas serangan ke atas kubu kuat militan Abu Sayyaf dan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI).

Perkara ini telah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri yang menyebut bahawa rakyat Malaysia yang terbunuh itu dikenal pasti mempunyai kaitan dengan pertubuhan JI dan Darul Islam. Bagaimanapun, siasatan lanjut mengenai identiti anggota kumpulan itu yang terbunuh masih dijalankan untuk membuktikan kewarganegaraannya.

Dalam serangan waktu Subuh itu, tiga pemimpin kanan paling dikehendaki kumpulan tersebut iaitu pemimpin Abu Sayyaf warga Filipina, Umbra Jumdail; rakyat Malaysia, Zulkifli Hir dan warga Singapura, Abdullah Ali Alias Muawiyah turut terbunuh.

Saya pada mulanya tidak begitu berminat untuk menyelusuri kisah ini dengan lebih mendalam tetapi setelah hasrat tersebut berubah apabila saya membaca dua blog iaitu blog BIGCAT dan blog Rozmal yang menceritakan tentang siapakah gerangannya Zulkifli ini.

Rozmal yang merupakan senior aruah semasa di SDAR, Seremban satu masa dahulu memohon supaya kerajaan Malaysia dapat menguruskan jenazah ke Malaysia atas permintaan ibu allahyarham.

Al-fatihah buat allahyarham Zulkefli bin Hir.

Ulasan