Rumah TPJ PAS Johor Di Bom : PAS/PR Semakin Dekat ke Nusajaya



Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Terkejut juga apabila mendapat maklumat kediaman Hj Dzulkefli Ahmad di bom! Jika sebelum ini cat dilemparkan sebagai tanda marah tapi sekarang ini bom buatan sendiri menjadi gantinya.

Melihat kepada situasi kebakaran dengan sebuah kereta hangus dan sebuah lagi rosak teruk serta halaman rumah yang hangus memberikan satu signal bahawa ia adalah satu cubaan khianat yang menjurus kepada tindakan untuk membunuh.

Saya harap pihak Polis akan segera mendapatkan pelaku yang tak bertanggungjawab ini.

Saya percaya ia ada kaitan dengan gerakerja Hj Dzul Ahmad yang cukup berkesan dalam gerakerja politiknya.

Semoga Hj Dzul dan keluarga terus tabah.

Wassalam

Ulasan