Hairie Othman : Semoga Temui Kebenaran Bersama PAS

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Berita yang disiarkan di dalam harakahdaily pagi ini mengesahkan bahawa pelakon popular tanahair, Hairie Othman telah mengistiharkan diri menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan telahpun tampil di atas pentas PAS di Batu Gajah  malam tadi.

Hairie dan seorang lagi pelakon iaitu Zulkiflie Ismail akan menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli PAS pada 6 Julai yang akan datang.

Pasti, ia satu berita yang sangat dialu-alukan oleh warga PAS di atas kesedaran beliau dan rakan-rakan yang lain.

Memilih PAS sebagai wadah politik sudah tentu akan menguji beliau.

Apa yang penting, Hairie perlu kuat dan tabah untuk berhadapan dengan sebarang bentuk serangan daripada pelbagai pihak. Mungkin juga, segala kisah silam akan dipertontonkan dan dijaja untuk memburukkan beliau nanti.

Nasihat saya kepada beliau, carilah Islam dan carilah kebenaran apabila sudah bersama dengan PAS. Ikuti aktiviti tarbiyah seperti usrah yang dapat membina kekuatan diri apabila bersama perjuangan suci ini.

Wassalam

Ulasan