Video Lagu "Aku Pejuang Islam"
























Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Sebelum ini, Ustaz Nasrudin Hassan mencadangkan saya agar mencipta lagu sendiri supaya saya tidak menyanyikan lagu penyanyi lain.

Maka, saya kemukakan salah satu lagu yang telah saya siapkan dengan tajuk "Aku Pejuang Islam".

Lirik lagu ini :-

Aku Pejuang Islam

Aku pejuang Islam
Mencari kebenaran
Walau jasad di siksa
Namun jiwa kan terus membara

Semarakkan semangat perjuangan
Merempuh kezaliman
Walaupun ia mengerikan
Itu demi kebenaran

Korbankan harta dan jiwa raga
Demi agama tercinta 
Biarpun papa di alam fana
Ganjaran di Akhirat sana

Bangunlah saudaraku
Perjuangan pastikan berliku
Berkorban segalanya
Demi Allah yang Maha Esa

Chorus

Semarakkan semangat perjuangan
Merempuh kezaliman
Walaupun ia mengerikan
Itu demi kebenaran

Korbankan harta dan jiwa raga
Demi agama tercinta 
Biarpun papa di alam fana
Ganjaran di Akhirat sana

Aku pejuang Islam
Mencari kebenaran
Walau jasad di siksa
Namun jiwa kan terus membara

Lagu : Abang Ngah @ Khairul Faizi AK
Lirik : Abang Ngah @ Khairul Faizi AK

Wassalam

Ulasan