KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
UMAT ISLAM WAJIB CAKNA, TRAILER HINA NABI WAJIB DIBANTAH !
24 Syawal 1433 bersamaan 12 September 2012
Hari ini kita dikejutkan lagi dengan satu trailer pendek oleh musuh-musuh Islam yang menghina batang tubuh mulia Baginda shallallhu ‘alaihi wasallam. Trailer ini telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu.
Selaku seorang muslim, isi kandungan
yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya
mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam. Video ini telah
menghina Baginda Nabi shallahu ‘alaihi wasallam dengan perwatakan sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’.
Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat radhiyallahu ‘anhu ajma’in. Antara skrip yang digunakan di dalam video ini adalah ;
“My age has exceeded 120 years and
the all my young life, I have not seen such a murderers against
Muhammad.He kills men, captures women and children…”
Kemudiannya wanita tua itu diseksa
dengan cara yang sungguh mengaibkan dan sangat bertentangan dengan
syariat Islam dan juga peribadi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah
paparan video seperti ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Bagi
Pemuda PAS Malaysia, sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah
dengan isu yang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini.
“Times of Israel” melaporkan filem ini
merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di
United States. Filem yang melabel Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam
sebagai ‘fraud, a womanizer and a madman’ ini telah mencetuskan
kemarahan umat Islam di beberapa negara timur tengah seperti Mesir dan
Libya. Menurut mereka, seorang rakyat Amerika telah ditembak mati
sebagai tanda tidak puas hati mereka. Penunjuk perasaan juga bertindak
membakar Konsulat AS di Beghazi dan Cairo. Bukan itu sahaja, penunjuk
perasaan turut memanjat dinding-dinding kedutaan US dan menggantikan
bendera AS dan bendera-bendera Islam.
Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya
oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian. Menurutnya
dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma
Yahudi.
Semalam, rakyat Mesir dilaporkan telah
mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan
laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.
Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar
Kedutaan Amerika Syarikat menyelesaikan isu ini dengan segera. Jelas
penerbit filem tersebut dilaporkan menggunakan filem ini untuk kempennya
di sana. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak kerajaan Malaysia yang
kononnya mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk
segera mengambil tindakan agar pihak kerajaan Amerika Syarikat dapat
menyelesaikan isu filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.
Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia
meminta Pemuda PAS di peringkat negeri-negeri untuk mengadakan satu
himpunan aman di peringkat negeri masing-masing untuk menyatakan secara
terang-terang bahawa umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya
penerbitan video seperti ini. Pemuda PAS setiap negeri diminta untuk
mengadakan himpunan aman tersebut pada Jumaat ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap agar
setiap pelusuk tanah air umat Islam di Malaysia dapat turun untuk
meramaikan himpunan ini.
Disediakan oleh ;
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ulasan
Catat Ulasan