XPRESI ULAMA MUDA HARAKI KALI PERTAMA !


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dengan kerjasama Lajnah Keahlian Ulama Pelapis Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) akan menganjurkan satu lagi Ekspresi selepas berjaya melaksanakan tanggungjawab merealisasikan Xpresi Anak Muda ke Putrajaya dan Xpresi Anak Muda Profesional sebelum daripada ini.

Xpresi Ulama Muda yang akan diadakan pada 16 Mac 2013 nanti di Maahad Ehya As-Syarif Gunung Semanggol akan juga mengembalikan nostalgia kelahiran PAS di sini satu masa dahulu.

Penganjur menjangkakan kehadiran seramai 5000 orang peserta dan ia dijangkan akan menjadi himpunan ulama muda terbesar dalam sejarah negara.

Secara ringkasnya, maklumat program adalah seperti berikut :-


TARIKH / MASA:
16 Mac 2013 | Sabtu
8.30pg - 4ptg
9mlm - 12mlm
 
Pentas Ulama Muda Haraki
 
Pelancaran GESA (Gerakan Selamat Ekonomi Negara)

LOKASI:
Maahad Ehya As-Syarif Gunung Semanggol (mengembalikan NOSTALGIA di TEMPAT LAHIR Hizbul Muslimin - PAS).

PENYERTAAN:
5000 ribu org Ulama Muda
Semua LEPASAN PENGAJIAN ISLAM  mana2 institusi/pondok dalam & luar negara
Semua ahli Ulama Pelapis Negeri
Semua ahli ILMAM
Semua PENUNTUT Fakulti Pengajian Islam dalam/luar negara
Semua NGO Islam, Imam Muda, Ulama Selebriti, Ulama Muslimat

PEMBENTANGAN HARAKI KONTEMPORARI oleh Tokoh Ulama Haraki Malaysia:-
Tn. Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tn.Guru Dato Dr Haron Din
Tn.Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Tn.Guru Dato Us Harun Taib
Tn Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ust Nik Zawawi Salleh
Ust Nasruddin Hassan Tantawi

ANJURAN:
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Lajnah Keahlian Ulama Pelapis Dewan Ulama PAS Pusat

Semua dijemput hadir untuk bersama menjayakan himpunan ini

Terus berjuang!

Ulasan