krisis politik di negeri Perak yang bermula dengan pengambilalihan kuasa kerajaan negeri oleh Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat pada awal bulan Februari 2009


SOALAN


Bincangkan kesan-kesan krisis politik di negeri Perak yang bermula dengan pengambilalihan kuasa kerajaan negeri oleh Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat pada awal bulan Februari 2009 terhadap proses pendemokrasian politik di negara kita.

1. Mukaddimah


Keputusan pilihanraya umum ke 13 telah menyaksikan bagaimana parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) telah mengalami kekalahan di beberapa buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta tidak dapat menawan kembali negeri Kelantan yang telah jatuh ke tangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak daripada tahun 1990 lagi.


BN juga kehilangan banyak kerusi Parlimen sehingga tidak mampu untuk menguasai 2/3 majoriti seperti mana yang telah diperolehi sejak daripada zaman kemerdekaan Malaysia lagi. Lebih parah, BN hanya memperolehi 51% sahaja daripada jumlah pengundi secara keseluruhan. Kekecewaan parti pemerintah ditambah lagi dengan kekalahan dua kali pilihanraya kecil secara berturut-turut iaitu PRK Parlimen Permatang Pauh setelah YB Dr Wan Azizah meletakkan jawatan dan Parlimen Kuala Trengganu setelah kematian Ahli Parlimen Kuala Trengganu.

 


Namun, tanpa diduga berlaku peristiwa tiga ADUN daripada Pakatan Rakyat (PR) di negeri Perak mengistiharkan keluar daripada PR dan menjadi ADUN bebas dan menyokong BN sehingga menyebabkan kerajaan PR Perak yang baru berusia 11 bulan tumbang dengan keadaan yang sangat tragis.


Pengambilalihan tampuk pemerintahan kerajaan di Perak telah mendapat liputan meluas sehingga ke luar negara kerana ia melibatkan sistem kehakiman dan Kesulatanan Perak. Tugasan ini akan membincangkan kesan-kesan krisis politik di negeri Perak bermula daripada pengambilalihan kuasa kerajaan negeri terhadap proses pendemokrasian politik di negara kita.

2          Pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak


Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak terbentuk setelah parti-parti politik pembangkang yang bertanding di Perak dalam Pilihanraya Umum kali ke 12 telah mendapat jumlah kerusi yang sudah cukup untuk mereka menubuhkan sebuah kerajaan. Persepakatan awal PAS dan PKR di atas satu gabungan iaitu Barisan Alternatif (BA) dan persefahaman di antara BA dan DAP telah membuahkan hasil kemenangan yang mengejutkan apabila gabungan ketiga-tiga parti ini telah memenangi 31 kerusi DUN iaitu DAP memperolehi 18 DUN, PKR memperolehi 9 DUN dan PAS memperolehi kemenangan 6 kerusi DUN manakala BN memenangi 28 kerusi DUN yang mana UMNO memenangi 27 kerusi DUN dan satu lagi kerusi dimenangi oleh MCA.


Setelah berhadapan dengan beberapa masalah semasa permulaan untuk pembentukan kerajaan negeri Perak, akhirnya pada 17 Mac 2008 dengan rasminya Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10.


3.         Permulaan Krisis di Negeri Perak


Terdapat beberapa perkara yang berlaku yang dilihat menjadi sebab-sebab utama sebagai permulaan krisis di negeri Perak iaitu berlakunya ADUN BN mengistiharkan keluar daripada UMNO/BN melompat ke PR, pengistiharan 3 ADUN PR keluar daripada PR dan menjadi wakil rakyat bebas tetapi memberikan sokongan kepada BN dan Menteri Besar Perak YAB Nizar mengumumkan pembubaran DUN Perak.

3.1              ADUN BN Istihar Keluar UMNO/BN dan Menyertai PKR/PR


PR Negeri Perak pada mulanya telah mendapat satu perkhabaran gembira apabila wakil rakyat BN iaitu Datuk Nasaruddin Hashim (ADUN Bota) telah mengistiharkan diri meninggalkan UMNO/BN dan menyertai PKR/PR. Ia secara tidak langsung telah semakin menggugat keadaan BN yang semakin hilang daripada kepercayaan rakyat. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Nasaruddin telah menyebabkan Pengerusi BN Negeri Perak yang juga merupakan mantan Menteri Besar Perak iaitu Datuk Tajol Rosli Mohd Ghazali meletakkan jawatannya kerana mengambil sikap bertangungjawab dengan apa yang terjadi.


Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim dalam satu kenyataan menyebut bahawa akan terdapat beberapa lagi ADUN BN di Perak akan mengistiharkan diri mereka keluar daripada BN dan akan terus memperkukuhkan PR di negeri Perak. Perkembangan ini telah memberikan satu impak positif kepada PR khususnya di negeri Perak.


3.2              3 ADUN PR keluar PR dan jadi wakil rakyat bebas tapi sokong  BN


Namun, kegembiraan PR tidak kekal lama kerana dalam masa yang singkat dua orang exco kerajaan negeri Perak iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) dan Mohd Osman Jailu (PKR) pula mengumumkan keluar daripada PKR/PR dan mengistiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas. Tidak lama kemudian, ADUN Jelapang yang juga merupakan timbalan Speaker Perak pula mengumumkan keluar daripada DAP dan menjadi wakil rakyat bebas. Ketiga-tiga mereka mengumumkan menjadi wakil rakyat bebas dan menyokong BN.

3.3              Nizar umum bubar DUN Perak


Dalam kekalutan tersebut, Menteri Besar Perak telah membuat satu pengumuman penting iaitu Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan dalam masa terdekat setelah mendapat perkenan Sultan Perak. Ia timbul setelah terdapat ura-ura Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan satu sidang media tergempar di Putrajaya pada pukul 4.00 petang. Lebih-lebih lagi, dalam sidang media kerajaan Perak pada pukul 3.05 petang hanya 27 ADUN sahaja yang hadir dan ADUN PR iaitu Datuk Nasharudin Hashim, Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu tidak turut sama.


Hasrat MB Perak untuk membubarkan DUN Perak terbantut apabila Sultan Perak menangguhkan keputusan tersebut sehingga keesokkan harinya. Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang baru telah mengadap Sultan Perak memaklumkan tentang kedudukan terkini ADUN PR yang keluar daripada PR dan memberi sokongan kepada BN. Ini bemakna, BN sudah mempunyai 28 ADUN dan mempunyai 3 ADUN yang menyokong.


Surat perletakkan jawatan tanpa tarikh yang diterima speaker DUN Perak diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengistiharkan bahawa kedua-dua kerusi DUN tersebut telah dikosongkan namun ia telah ditolak oleh SPR di atas alasan kedua-dua ADUN tersebut menafikan tentang hasrat meletakkan jawatan. Penolakan SPR adalah berdasarkan bahawa surat tersebut telah dinafikan oleh ketiga-tiga ADUN bebas tersebut kerana surat tersebut telah ditandatangani selepas mereka memenangi kerusi DUN dan surat tersebut ditandatangani tanpa diletakkan tarikh.

4        Pembentukan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Perak


Fasa kedua krisis di Perak adalah fasa di mana pembentukan kerajaan Perak melalui gabungan ADUN BN dan ADUN yang telah keluar daripada PR dan menjadi ADUN bebas dan menyokong BN. Pembentukan kerajaan Perak yang baru ini tercemar apabila Menteri Besar yang mewakili PR iaitu Datuk Seri Nizar Jalamuddin tidak mahu meletakkan jawatan sebagai MB malah dikatakan telah ‘menderhaka’ kepada Sultan Perak.


4.1              Perkenan dari Sultan lantik MB Baru


Pada 5 Februari 2009, Sultan Azlan Shah setelah mendapat kepastian daripada 27 ADUN UMNO, 1 ADUN MCA dan 3 ADUN PR yang mengistiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas bahawa mereka bersetuju untuk membentuk kerajaan Perak yang baru telah berkenan untuk merestui permohonan tersebut.


Majlis rasmi perlantikan Menteri Besar Perak yang baru, Dr Zambry telah diadakan di Istana Iskandariah di Bukit Chandan Perak pada 6 Februari 2009 sebagai Menteri Besar Perak yang ke 11.


4.2              Nizar Jamaluddin tidak letak lawatan sebagai Menteri Beasr


Dalam masa yang sama, Menteri Besar Perak yang sedia ada tidak mengambil sebarang keputusan untuk meletakkan jawatannya kerana Sultan tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Keputusan Datuk Seri Nizar tidak meletakkan jawatannya adalah merujuk kepada undang-undang tubuh negeri Perak yang tidak mencatatkan bahawa Sultan mempunyai kuasa untuk memecat MB tetapi hanya diperuntukkan untuk melantik MB.


            Ketika berhadapan dengan Sultan Azlan Shah, Datuk Seri Nizar telah memberikan penghujahan agar Sultan agar Sultan Perak bersetuju untuk membubarkan DUN. Namun, Sultan Azlan Shah meminta agar Nizar meletakkan jawatannya. Akhirnya, Nizar telah memohon untuk ‘sembah derhaka’ untuk tidak menerima permintaan Sultan perak tersebut.


5.         Isu yang menjadi pertikaian dalam masyarakat


Kemelut Politik di negeri Perak bermula apabila timbul di kalangan masyarakat tentang tiga perkara iaitu yang berkaitan dengan kuasa memecat Menteri Besar Perak, kuasa memecat Speaker dan kuasa menentukan kerajaan di Perak.


5.1              Kuasa pecat MB


Mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak perkara XII (1) dan XVI (2)(a)  bahawa Sultan mempuyai hak mutlak untuk melantik Menteri Besar namun tidak dinyatakan bahawa Sultan juga berhak untuk memecat mana-mana Menteri Besar. Perkara XII (1) memperuntukkan bahawa Sultan DYMM hendaklah melantik dengan surat perlantikan yang ditandatangani oleh Baginda dan memakai Mohor Negeri, seorang Menteri Besar menurut perenggan (a) kepada Fasal 2 Perkara XVI yang berbunyi “DYMM hendaklah mula-mulanya hendaklah melantik dahulu Menteri Besar untuk mengetuai majlis mesyuarat Kerajaan seorang ahli Dewan Negeri yang pada pandangan Baginda akan mendapat kepercayaan kebanyakkan ahli-ahli Dewan itu”


Ini bermakna, apabila Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak bersedia meletakkan jawatan maka beliau masih lagi MB yang sah di Perak. Ini dibuktikan dengan satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang telah ditandatangani oleh YDH Toh Raja Diraja Kol Datuk Abd Rahim Mohamad Nor, setiausaha sulit Sultan Perak.


Dalam kenyataan media tersebut, DYMM Pasuka Sultan Perak telah menitahkan agar YAB Datuk Seri Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkuatkuasa serta merta bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan sekiranya Datuk Seri Nizar enggan meletakkan jawatan sebagai MB bersama-sama ahli MMK maka kesemua jawatan tersebut dianggap telah dikosongkan. Ini menunjukkan bahawa tidak ada peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri Perak yang memperuntukkan kuasa kepada Sultan untuk memecat MB sehingga jawatan tersebut dikatakan telah kosong dalam satu anggapan sahaja.


Kelemahan undang-undang tubuh ini telah menyebabkan Datuk Seri Nizar membuat satu keputusan untuk tidak melepaskan jawatan kerana beliau masih berhak untuk kekal sebagai MB. Oleh itu, bagi mengelakkan peristiwa ini berlaku pada masa akan datang maka pindaan kepada undang-undang tubuh ini perlu dilakukan iaitu menambahkan satu peruntukan untuk membenarkan Sultan memecat Sultan.

Kemelut isu-isu perlembagaan ini telah menyebabkan Datuk Seri Nizar telah memfailkan saman mencabar kesahihan Datuk Dr Zambry sebagai MB Perak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga Hakim terpaksa mengeluarkan perintah rujukan kepada Mahkamah persekutuan (6 Mac 2009) kerana berpendapat ada isu perlembagaan melibatkan tafsiran Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang perlu diselesaikan oleh mahkamah tertinggi itu.


Beliau memohon bagi mendapatkan tafsiran Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak sama ada jawatan menteri besar boleh dikosongkan disebabkan menteri besar telah menasihatkan sultan supaya membubarkan dewan undangan negeri; tidak berlaku sebarang pembubaran dewan; tiada ada usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan dewan; dan beliau tidak meletak jawatan.


Ia juga diperakui oleh Dr Shad Saleem Faruqi pakar undang-undang daripada Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyatakan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar namun ia hanya boleh dipecat di dalam DUN Perak melalui ‘vote of no confidence’. Secara tidak langsung, kata beliau menunjukkan Perlembagaan negeri Perak adalah lemah.


5.2  Kuasa Pecat speaker


Speaker adalah satu jawatan yang dilantik melalui sidang DUN yang membawa makna sekiranya jawatan tersebut hendak dilucutkan mestilah melalui sidang DUN di Perak. Selagi mana ia tidak dilucutkan bermakna kuasa speaker masih lagi dipegang oleh YB V. Sivakumar dan beliau masih boleh menjalankan tugasnya termasuklah memanggil sidang DUN. Perkara XXXVIA Perlembagaan Negeri Perak menyebut bahawa perlantikan Speaker setelah kerajaan baru Perak tertubuh, Dewan Negeri diperkenan oleh DYMM untuk bersidang dan YB V. Sivakumar telah dilantik sebagai Speaker mengikut Perkara XXXVIA (1)(a). Ini bermakna, Sultan tidak mempunyai kuasa untuk melatik ataupun memecat Speaker.


Maka, dengan peruntukan kuasa yang telah diperuntukan itu beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewn Undangan Negeri (DUN) Perak telah memanggil Datuk Dr Zambry Abdul Kadir untuk memberikan keterangan pada 17 Februari 2009 berkaitan dengan satu kenyataan beliau terhadap Speaker DUN Perak.


Peguam PAS, Hanifa Maidin berhujah bahawa  Enekmen DUN (Hak Istimewa) 1959 [Legiaslative Assembly (Privileges) Enactment 1959] dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa undang-undang tersebut memberi kekebalan secara mutlak kepada speaker dari sebarang prosiding jenayah dan sivil. Beliau member contoh Kes James Eki Mopio v Speaker of Parlimen [1977] PNGLR 420 bahawa fakta kesnya adalah berkaitan dengan isu perlantikan Micheal Somare sebagai perdana Menteri Papua New Guinea selepas praya umum Negara ersebut. Pihak Plantif  iaitu James Eki Mopio  yang juga ahli Parlimen mendakwa speaker Parlimen telah gagal mematuhi seksyen 142940 Perlembagaan PNG. Namun, mahkamah Agong PNG telah menolak hujah Mopio memutuskan bahwa kes ini adalah berkaitan dengan perjalanan urusan Parlimen dan tatacaranya. Maka mahkamah tidak ada bidang kuasa untuk mendengar kes.

6.         Kesan-kesan krisis politik daripada krisis politik Perak


Apabila berlaku kelompangan dalam menentukan kuasa memecat MB, memecat Speaker dan kuasa menentukan kerajaan yang baru di Perak maka berlakulah krisis politik yang memberikan kesan yang negatif di Perak sehingga berlakunya beberapa insiden yang menggugat keharmonian.


6.1        Protes Rakyat - Demo selepas solat jumaat - Halang angkat sumpah di istana Perak.


Kamarahan rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat terhadap rampasan kuasa di negeri Perak telah menyebabkan rakyat membuat protes terhadap perlantikan Datuk Dr Zambry sebagai MB Perak yang baru. Berlakunya himpunan rakyat membantah perlantikan tersebut di perkarangan Masjid Ubudiah Bukit Chandan kuala Kangsar selepas selesai mengerjakan solat Jumaat pada 6 Februari 2009 dan dikatakan melibatkan kira-kira 1000 orang penyokong PR. Berpuluh-puluh gas pemedih mata telah dilepaskan oleh FRU untuk menyuraikan himpunan tersebut.

             Demonstrasi rakyat tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan ramai yang terkena gas pemedih mata walaupun tidak terlibat dalam demonstrasi tersebut. Mengikut laporan ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah bahawa 10 lelaki yang berusia di antara 22 tahun sehingga 55 tahun telah ditahan kerana telah didakwa melakukan rusuhan bersenjata Antara yang ditangkap untuk diambil keterangan ialah Yusuf Jaafar,Muhammad Faiz Muhammad Arshad, Muhammad Ismail SM A. Kadir, Pat Latif Mansur, Isha Riduan Ishak, Idris Muhammad Amin, Adi Helmy Muhammad Nasir, Meor Safizal Meor Muhammad Amin dan Zulhaizam Zulkifli. Pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Misbahul Munir Masduki, Norazli Musa,M. Kulasegaran dan beberapa peguam berada di Balai Polis Kuala Kangsar


Pelbagai pandangan telah diberikan terhadap insiden tersebut. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menyatakan tunjuk perasaan, maki hamun dan merosakkan harta benda, bukan budaya Melayu dan bertentangan dengan ajaran Islam


6.2              Jawatan kuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak


Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewn Undangan Negeri (DUN) Perak telah memanggil Datuk Dr Zambry Abdul Kadir untuk memberikan keterangan pada 17 Februari 2009 berkaitan dengan satu kenyataan beliau terhadap Speaker DUN Perak, YB V. Sivakumar. Siasatan ini telah diadakanmengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN yang mana Zambry diliha telah menghina DUN apabila telah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar bersama-sama exco  barunya. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YB S Sivakumar sendiri bersama enam ADUN yang lain iaitu Datuk Hasbullah Osman, YB Husin Din, YB Chan Ming Kai, YB Ong Boon Piow, YB Loke Chee Yan dan YB Sum Chok Leng. Ke semua ADUN tersebut adalah daripada PR kecuali Datuk Hasbullah.


 Keputusan yang telah dicapai melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak iaitu Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam ahli exconya telah digantung daripada menghadiri persidangan dewan, masing-masing selama 18 dan 12 bulan. Keputusan yang dibuat daripada jawatankuasa ini telah menyebabkan politik di Perak semakin berkrisis kerana keputusan ini telah menyebabkan Datuk Dr Zambry tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai MB manakala tiga lagi ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong. Ia dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuklah UMNO kerana keputusan tersebut tidak dirujuk kepada DUN dan hanya diputuskan diperingkat jawatankuasa sahaja.


Speaker DUN Perak juga telah menggantung tugas Abdullah Antong Sabri selaku Setiausaha DUN Perak dengan serta merta ada 2 Mac 2009 kerana bertindak menghalang persidangan DUN daripada diadakan pada 3 Mac 2009.


6.3              Sidang Dewan dibuat di bawah pokok


Sidang DUN yang sepatutnya diadakan di dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan telah dihalang kerana ADUN daripada PR tidak dibenarkan untuk mengadakan apa-apa persidangan kerana Speaker YB V. Sivakumar yan memanggil sidang tersebut adalah tidak sah kerana tidak mendapat perkenan daripada Sultan Perak. Namun, persidangan tersebut tetap berjalan dan ia telah diadakan di bawah sebuah pokok yang terletak kira-kira 100 meter daripada bangunan DUN.


Sidang ini telah meluluskan tiga usul iaitu :-


i.        Sokongan kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah;


ii.      membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan


iii.    mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan


Sidang DUN di bawah Pokok ini telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyebut bahawa sidang yang diadakan di bawah pokok tersebut telah memalukan dan mencalar imej Negara di mata dunia. ADUN Chendering, Dr Mah Hang Soon pula menyifatkan bahaw tindakan speaker telah melnggar titah Sultan Perak dan menuduh bahwa Speker tidak faham undang-undang dan membuat keputusan tanpa merujuk kepada sultan.


Mahkamah Tinggi Ipoh pula memutuskan bahawa persidangan tersebut tidak sah dan perintah mahkamah untuk menangkap Svakumar telah dibuat namun Datuk Seri Nizar pula membidas dengan menyatakan bahawa tiada mahkamah yang boleh mencabar keputusan speaker. Perkara ini diperakui oleh Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS, Encik Hanifa Maidin dengan merujuk kepada Enekmen DUN (Hak Istimewa) 1959 [Legiaslative Assembly (Privileges) Enactment 1959] dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa undang-undang tersebut memberi kekebalan secara mutlak kepada speaker dari sebarang prosiding jenayah dan sivil. Hanifa merujuk kepada kes James Eki Mopio v Speaker of Parlimen [1977] PNGLR 420 fakta kesnya adalah berkaitan dengan isu perlantikan Micheal Somare sebagai perdana Menteri Papua New Guinea selepas praya umum Negara ersebut.


Pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari pula memberikan hujah bahawa sidang yang diadakan dibawah pokok adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang malah beliau menyalahkan polis kerana langgar perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan bukan daripada Speaker. Dr Azi Bari juga menyebut bahawa Speaker mempunyai hak untuk menetapkan tempat persidangan termasuklah ia diadakan di bawah pokok.


Ia juga diperakui oleh Dr Shad Saleem Faruqi pakar undang-undang daripada Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyatakan bahawa tempat persidangan bukanlah menjadi perkara utama untuk menentukan sama ada persidangan tersebut sah ataupun tidak.


6.4        Rakyat semakin menolak BN, buktinya Nizar menang di Bukit Gantang.


Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang yang didakan pada 7 April 2009 setelah kematian YB Roslan Shahrum (PAS) telah memberikan satu isyarat bahawa rakyat Perak tidak dapat menerima tindakan BN merampas kerajaan daripada PR.


Datuk Kamaruddin Jaafar, Setiausaha Agong PAS menekankan bahawa ia adalah referendum rakyat kepada BN bahawa mereka tidak dapat memaafkan kesalaan BN rampas kerajaan Perak. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS pula berkata rakyat telah berikan gambaran yang jelas kepada BN yang rakyat mahukan satu politik baru yang telus dan demokrasi selain mempunyai kepimpinan bersih daripada rasuah serta ‘good governance’. Haji Salahudin Ayub menyebut bahawa ia adalah isyarat jelas bahawa rakyat menolak kerajaan haram BN di Perak.


6.5        Kekecohan sidang DUN 7 Mei 2009


Sidang DUN pada 7 Mei 2009 adalah merupakan sidang pertama sejak berlakunya rampasan kuasa berlaku terhadap kerajaan negeri Perak. Sidang ini menjadi tumpuan daripada kerana jawatan Speaker masih lagi dipegang oleh YB V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat. Kekecohan berlaku apabila Speaker YB V. Sivakumar enggan memulakan persidangan selagi mana Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga ahli Bebas tidak meninggalkan Dewan kerana alasan keanggotaan mereka telah digantung, tetapi arahan Speaker langsung tidak diendahkan.


Sebaliknya YB Dr Zambry mengemukakan satu usul memecat Sivakumar selaku Speaker, dan disokong 27 ahli BN dan tiga ahli Bebas. Usul tersebut telah ditolak oleh Speaker kerana Speaker menyatakan bahawa Dr Zambry telah digantung dan tidak boleh mengemukakan apa-apa usul. Dr Zambry telah mengulangi usul tersebut namun Sivakumar mengarahkan Bentara Dewan supaya membawa keluar 10 ahli itu, tetapi Zambry pula berkata, Sivakumar kini telah dipecat.


Zambry mengusulkan bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan dilantik sebagai Speaker yang baru dan mendapat sokongan daripada kesemua wakil rakyat BN dan 3 ADUN Bebas. Sidang DUN diteruskan oleh Speaker yang baru dengan menerima empat lagi usul iaitu usul pelantikan anggota baru bagi tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Perintah Tetap; Jawatankuasa Hak dan Kebebasan; dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri serta usul membatalkan persidangan DUN Perak 'di bawah pokok' yang dipengerusikan oleh Sivakumar dan kumpulan yang diketuai Mohammad Nizar pada 3 Mac lalu.


Kekecohan sidang DUN beterusan apabila berlaku pergaduhan yang melibatkan wakil rakyat daripada BN, PR dan Bebas. Speaker V. Sivakumar telah diheret oleh polis dan dikurung  di sebuah stor dan dalam masa yang sama speaker yang dilantik oleh kerajaan baru terus memulakan persidangan dan mengarah keluar dua ADUN PR, iaitu Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) namun tidak diendahkan oleh kedua-dua ADUN tersebut.


Kekecohan ini juga telah menyebabkan majlis perasmian sidang DUN yang disampaikan oleh Dr Raja Nazrin Shah telah tertangguh selama beberapa jam. Speaker V Sivakumar telah diheret keluar daripada kerusi dan dikurung disebuah stor sehingga sidang ditangguhkan. Polis ceroboh dewan sejak daripada awal lagi. Sivakumar pula telah membuat laporan polis terhadap insiden tersebut dengan mendakwa ia telah melanggar Seksyen 124 dan syeksen 323 Kanun keseksaan.


6.6        Keputusan mahkamah Nizar lawan Zambry


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan mengejutkan apabila mengistiharkan bahawa datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Meneri Besar Perak pada 11 Mei 2009. Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.  Abdul Aziz berhujah bahawa tidak berlaku undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin yang boleh menyebabkan beliau hilang kepercayaan majoriti ADUN mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan Pemecatan Menteri Besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara yang sama.


Namun, Ir Nizar hanya sempat untuk beberapa jam sahaja menjawat kembali jawatan tersebut kerana Datuk Zambry telah berjaya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi tersbut apabila hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan tersebut dan menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar.


Pada 22 Mei 2009, panel yang terdiri daripada tiga hakim Makamah Rayuan telah memutuskan bahawa Datuk Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan secara tidak langsung telah membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas alasan hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang salah."


6.7        Dua Sidang DUN Perak


Kerana masih yakin bahawa Menteri Besar Perak daripada Pakatan Rakyat masih sah dan kerajaan yang dipimpin oleh YAM Datuk Seri Ir Mohamad Nizar masih lagi sah maka persidangan DUN Perak telah diadakan juga pada 2 September 2009 walaupun ianya dihalang daripada diadakan di dalam dewan sidang DUN Perak.


Pelbagai pihak mengecam tindakan Pakatan Rakyat Perak mengadakan sidang tersebut. Ketua Pemuda Umno Perak, Maslin Sham Razman menganggap bahawa tindakan pembangkang memanggil sidang DUN kerana terdesak kerana kerajaan BN berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan daripada rakyat.


Manakala Prof Dr Aziz Bari memberikan pedapat bahawa sidang DUN Perak pada 2 September 2009 adalah sah kerana  Pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari menyebut bahawa sidang yang diadakan dibawah pokok adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang. Dr Aziz Bari juga menyalahkan pihak polis kerana langgar perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan bukan daripada Speaker kerana. Speaker yang berhak menetapkan tempat bersidang.


7              Kesimpulan


Ketidaktentuan politik di Perak berlarutan sehingga persidangan DUN Perak yang diadakan pada 28 Oktober 2009 masih tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Kemelut ‘dua kerajaan, dua Menteri Besar dan dua Speaker’ masih berterusan kerana kedua-dua parti BN dan PR yakin bahawa mereka adalah kerajaan yang sah.


7.1        Demokrasi dimatikan di Perak.


Krisis yang sudah hampir lapan bulan berlalu ini seolah-olah tiada jalan penyelesaian kerana banyak pihak yang diberikan kuasa telah menyalahgunakan kuasa mereka mengikut perancangan- perancangan yang telah di susun oleh UMNO / Barisan Nasional (BN). Krisis yang sepatutnya diselesaikan oleh rakyat telah diketepikan kerana terlalu tamakkan kuasa dan sikap tidak sabar UMNO / BN untuk berkuasa kembali sebelum Pilihan Raya Umum ke - 13 sehingga sanggup membelakangkan nilai-nilai adab ketimuran serta adap-tertib kepimpinan.


Usaha yang dilakukan oleh PR negeri Perak seperti mana yang telah disembahkan kepada DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa mengadap baginda masih tidak membuahkan hasil sepertimana yang rakyat Perak harapkan. Krisis yang berpanjangan ini berlarutan tanpa penyelesaian konkrit serta terkuburnya demokrasi dan undang-undang yang menjadi asas keluruhan dalam Rukun negara Malaysia.


7.2        Perlu Bubar DUN untuk beri mandat kepada rakyat.


Kemelut politik di Perak perlu diselesaikan dengan mengambil tindakan membubarkan DUN Perak dan rakyat diberikan kuasa untuk menentukan siapa yang lebih diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Negerri Perak. Ia turut disokong oleh Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Osman berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat. Beliau berpendapat bahawa sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan dengan menyentuh Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.


8              Penutup


Sistem demokrasi mengizinkan rakyat untuk menentukan kerajaan yang memerintah dan pengambilan kerajaan secara ‘haram’ seperti yang berlaku di Perak sebenarnya menyebabkan demokrasi bukan disuburkan tetapi ia telah dimatikan. Hanya dengan pembuburan DUN oleh Sultan Perak dan perlaksanaan Pilihanraya Negeri Perak dapat memberikan peluang kepada rakyat untuk menentukan kembali kerajaan yang baru yang seterusnya menyuburkan demokrasi di Perak.

Ulasan