SOLAT HAJAT DAN BERDOA CUACA KEMBALI PULIH MENJELANG HIMPUNAN ESOK

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA



SOLAT HAJAT DAN BERDOA CUACA KEMBALI PULIH MENJELANG HIMPUNAN ESOK

(21 Jun 2013)



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa jentera pemuda di seluruh peringkat serta umat Islam di negara ini agar mengadakan Solat Hajat dan berdoa khusus agar cuaca jerebu yang teruk melanda negara ini sekarang akan kembali pulih seperti sedia kala menjelang esok. Selain itu, DPPM juga mendoakan supaya himpunan pada hari esok berjalan lancar, licin tanpa sebarang insiden buruk berlaku. 


Dalam keadaan cuaca yang berjerebu sekarang, ada kebimbangan mengenai penyakit boleh menyerang peserta-peserta himpunan. Oleh itu, peserta dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar pada hari ini dan hanya keluar menjelang pagi esok untuk bersama-sama dalam himpunan tersebut. 

Bagi mereka yang menghidap asma atau masalah pernafasan perlu menyediakan langkah berhati-hati dan kecemasan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Sebaiknya para peserta membawa penutup hidung atau kain basah disamping membawa air mineral untuk keperluan. Minum lebih awal air mineral sebanyak mungkin supaya mengelakkan tubuh kekeringan serta makan secukupnya bagi memberi keperluan tenaga kepada tubuh sebelum bergerak keluar dari rumah. Bagi umat Islam, banyakkan berdoa sebelum keluar rumah dengan memohon keselamatan dan kesihatan supaya tubuh badan mampu menghadapi cuaca jerebu.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL

Ulasan