XPDC DAKWAH MALAM AMBANG MERDEKA 2013


XPDC DAKWAH MALAM AMBANG MERDEKA 2013

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

1. Seperti yang telah dimaklumkan kepada massa sebelum daripada ini, Ekspedisi Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia (XPDC Dakwah DPPM) akan disegarkan kembali di seluruh negara dengan mengarahkan agar Pemuda PAS di peringkat negeri dan kawasan untuk melaksanakannya pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos ini.

2. Para Ketua dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS di peringkat negeri telah dimaklumkan agar membuat persiapan awal untuk memastikan bahawa XPDC Dakwah yang akan diadakan pada kali ini akan mencapai jumlah penyertaan yang ramai daripada semua Pemuda PAS di peringkat kawasan.

3. Para pimpinan DPPM juga dikerah supaya dapat bersama dalam XPDC ini dan sehingga ini Ketua Dewan Pemuda PAS YB Ustaz Nasrudin telah memberikan persetujuan untuk bersama dengan team XPDC Dakwah di Kuantan, Pahang. YB Ustaz Nik Abduh akan bersama dengan team XPDC Dakwah di Kelantan dan Dr Raja Iskandar akan turun mengedar risalah bersama sahabat-sahabat Pemuda di Perak.

4. Saya perlu perjelaskan kembali  bahawa XPDC Dakwah adalah aktiviti Pemuda PAS turun bertemu dengan masyarakat bagi menyampaikan risalah dakwah. Ia bukannya seperti anggapan sesetengah pihak bahawa XPDC Dakwah adalah aktiviti demonstrasi seperti yang dihebohkan kononnya berlaku semasa konsert Metallica pada minggu yang lalu.

5. XPDC Dakwah sempena malam Ambang Kemerdekaan ini dijangka bermula dengan solat Isya' berjamaah. Lokasi XPDC Dakwah di seluruh negara ini akan dikemaskini dan akan dihebahkan kepada semua melalui laman web, facebook dan twitter rasmi DPPM serta media yang menyokong perjuangan ini.

6. Anak-anak muda daripada segenap peringkat, aktivis PAS, NGO, mahasiwa, persatuan-persatuan belia dan lain-lain dijemput hadir bersama-sama memeriahkan XPDC Dakwah yang bakal diadakan kelak. Para pengamal media di jemput untuk bersama XPDC ini.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
27 Ogos 2013, 2.16 pagi

Terus berjuang!

Ulasan