2. APA ITU POLIGAMI
Persoalan yang perlu
kita sama-sama fahami sebelum kita pergi lebih jauh untuk membicarakan
poligami. Apakah itu poligami? Kita dapat lihat daripada beberapa padangan dan
tafsiran tentang poligami. Di antaranya,
i.
Poligami bererti ikatan perkahwinan yang salah satu pihak (suami) mengahwini
beberapa lebih dari satu isteri dalam waktu yang bersamaan, bukan saat ijab
qabul melainkan dalam menjalani hidup berkeluarga, sedangkan monogami
bererti perkahwinan yang hanya membolehkan suami mempunyai satu isteri
pada jangka waktu tertentu.
ii.
Ada yang menafsirkan Poligami adalah suatu bentuk
perkawinan di mana seorang lelaki dalam waktu yang sama mempunyai isteri lebih
dari seorang wanita. Yang asli di dalam perkawinan adalah monogami, sedangkan poligami
datang kemudian dengan perkembangan akal fikiran manusia dari zaman ke zaman.
Poligami adalah salah satu
bentuk masalah yang dilontarkan oleh orang-orang yang memfitnah Islam dan
seolah-olah memperlihatkan semangat pembelaan terhadap hak-hak perempuan. Poligami
itu merupakan tema besar bagi mereka, bahawa keadaan perempuan dalam masyarakat
Islam sangat memprihatinkan dan dalam hal kesulitan, kerana tidak adanya
persamaan antara lelaki dan perempuan.
iii.
Sebagaimana
dikemukakan oleh banyak penulis, bahawa poligami itu berasal dari bahasa Yunani,
kata ini merupakan penggalan kata Poli atau Polus yang ertinya
banyak, dan kata Gamen atau Gamos yang bererti kahwin
atau perkahwinan. Maka jikalau perkataan ini digabungkan akan bererti
kata ini menjadi sah untuk mengatakan bahawa erti poligami adalah perkahwinan
banyak dan boleh jadi dalam jumlah yang tiada batasan.
Namun dalam Islam, poligami bermaksud
perkahwinan yang lebih dari satu dengan batasan. Umumnya dibolehkan hanya
sampai empat wanita sahaja.
Poligami merupakan pernikahan kepada
lebih dari satu isteri dalam satu-satu masa. Jika seseorang itu pernah beristeri
dan kemudian isterinya diceraikan atau isterinya telah meninggal dunia dan
beliau berkahwin lagi maka itu tidak dipanggil sebagai poligami. Dalam bahasa
arab poligami lebih dikenal dengan ta’addud. Islam memperbolehkan poligami
muslim beristeri lebih dari hingga empat orang isteri dengan syarat suami harus
dapat bersikap adil terhadap isteri-isterinya.
Firman Allah yang bermaksud,
"Dan jika kamu takut tidak
berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan
mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang
tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah
dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak
melakukan kezaliman"
Surah An-Nisa’ : Ayat 3
Ulasan
Catat Ulasan