PRESIDEN PAS LANCARKAN KEMPEN SEKAMPIT BERAS UNTUK MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR


PRESIDEN PAS LANCARKAN KEMPEN SEKAMPIT BERAS UNTUK MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR
Assalamu'alaikum dan salam khidmat,

KHIDMAT MALAYSIA telah melancarkan kempen Sekampit Beras Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat petang semalam. Pelancaran telah disempurnakan oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kempen ini mensasarkan sumbangan sebanyak 5000 kampit beras seberat 5kg untuk disampaikan kepada mangsa bencana banjir di pantai timur.

Sumbangan boleh disampaikan dalam bentuk kampit beras ataupun disalurkan terus sejumlah RM15 bagi sekampit beras ke akaun KHIDMAT MALAYSIA melalui akaun Maybank 564294310529 dan maklumkan sumbangan tersebut melalui whatsapp ke talian 011-15406625 atau 012-6935938

Turut bersama semasa pelancaran ini adalah Dato' Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Timbalan Presiden), Dato' Takiyuddin bin Hassan (Setiausaha Agung), Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah (Pengerusi KM) dan Dr Rosni binti Adam (Timbalan Ketua Pengarah KM)

Sekian, wassalam

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah KHIDMAT MALAYSIA Pusat
11 Rabiul Akhir 1441 bersamaan 8 Disember 2019

Ulasan