Kenal Pasti Jika Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Sesuai Untuk Anda

Dapatkan senarai Rumah Mampu Milik Johor, cara permohonan, dan contoh-contoh rumah yang telah siap daripada panduan di bawah ini.

Dekat mana pun anda tinggal sekarang ni, memang tak boleh lari daripada dengar orang mengeluh pasal susahnya nak beli rumah.

Nak buat macam mana kan, setiap tahun harga rumah naik. Bergantung pada lokasi, rumah yang 5 tahun lepas harga RM200,000, sekarang boleh cecah sampai RM400,000 atau lebih!

Jadi, makin ramai lah yang tak dapat nak membeli rumah ataupun tak berkelayakan untuk mendapat pinjaman perumahan.

Untuk meringankan beban rakyat Malaysia, kerajaan pusat dan juga negeri telah memperkenalkan pelbagai program dan insentif untuk membantu mereka.

Salah satunya adalah Program Rumah Mampu Milik, yang mana rumah-rumah ni dijual khas kepada golongan berpendapatan sederhana yang teringin untuk memiliki rumah sendiri.

Mereka yang tinggal di Johor juga tak ketinggalan kerana berpeluang untuk membeli rumah pada harga yang berpatutan.

Seperti yang tertera pada laman web rasmi Portal Hartanah Johor, kerajaan negeri Johor ada menyediakan Projek Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera, dan juga Program Perumahan Rakyat (PPR).

Apa Itu Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)?

rmmj-2

RMMJ adalah rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor, di bawah Projek Rumah Mampu Biaya.

Tujuan utamanya adalah untuk menawarkan skim yang boleh membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang menetap di negeri tersebut.

Cara untuk memohon mana-mana rumah RMMJ di bawah kerajaan negeri Johor sekarang sangat mudah, sebab semuanya melalui online di laman web e-Rumah Johor.

Anda hanya perlu pastikan yang anda layak dulu, sebelum memohon dan memilih projek rumah yang sesuai dengan kelayakan anda.

Apakah Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan?

Bergantung samada anda nak mohon Rumah Mampu Biaya atau Lot Bumiputera, kedua-dua skim ni ada syarat kelayakan yang tertentu.

Jadi, semak dulu jika semua syarat ni ada pada anda sebelum memohon:

1) Rumah Mampu Biaya Johor (RMB)

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
  • Menetap di Johor selama 10 tahun
  • Tak melebihi had pendapatan seisi rumah:
    • RMB A – RM4,000
    • RMB B – RM6,000
    • RMB C – RM8,000
    • RMB D – RM10,000
    • KKS – RM13,000

  • Berkahwin / bujang boleh memohon
  • Hanya SATU permohonan bagi pasangan suami / isteri
  • Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon
  • Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)
  • Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di Johor
  • Pemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohon
  • Pemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D
  • Tempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaran

rumah mampu milik johor, rmmj, lokasi rumah mampu milik johor, senarai rumah mampu milik johor, permohonan rumah mampu milik johor, contoh rumah mampu milik johor, rumah mampu milik johor bahru, semakan rumah mampu milik johor, projek rumah mampu milik johor, rmmj johor, rumah rmmj

2) Lot Bumiputera

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
  • Berkahwin / bujang boleh memohon
  • Pemohon mestilah bertaraf bumiputera
  • Pemohon yang bukan bertaraf bumiputera TAK LAYAK untuk memohon

Macam Mana Nak Mohon Untuk Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Pula?

Untuk memohon mana-mana projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang ada, anda hanya perlu ikut tiga langkah utama kat bawah ni:

  1. Mendaftar akaun baru di sini jika masih belum mempunyai akaun
  2. Login ke akaun SUKJ untuk kemaskini maklumat
  3. Pilih projek perumahan dan hantar permohonan

Bagi permohonan RMMJ, anda perlu menghantar dokumen di kaunter sepanjang tempoh pengiklanan. Jika anda layak, anda akan dipanggil untuk proses pengundian.

rmmj-4

Antara lokasi Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang ada adalah:

  • Kluang
  • Pulai
  • Tebrau
  • Johor Bahru
  • Mersing

Senarai Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) pula hanya ada TIGA projek yang dibuka untuk jualan, dan EMPAT cadangan projek baru.

Projek Yang Dibuka

Cadangan Projek Baru

Jika anda memang sedang mencari Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), boleh lah cuba memohon projek RMMJ di Taman Pulai Mutiara.

Selain tu, anda boleh juga memilih antara projek lot bumiputera atau program perumahan rakyat jika layak. Senarai projek tersebut ada di sini.

Semasa dalam proses penantian selepas menghantar permohonan, semakan RMMJ boleh dilakukan di laman web rasmi mereka.

Anda boleh menyemak jika permohonan anda lulus atau tak menggunakan No Kad Pengenalan yang digunakan semasa mendaftar.

rmmj-5

Contoh Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Di bawah ada beberapa gambar contoh rumah yang telah diambil daripada Portal Hartanah Johor, supaya anda boleh melihat sendiri kualiti dan reka bentuk yang ditawarkan:

rumah mampu milik johor, rmmj, lokasi rumah mampu milik johor, senarai rumah mampu milik johor, permohonan rumah mampu milik johor, contoh rumah mampu milik johor, rumah mampu milik johor bahru, semakan rumah mampu milik johor, projek rumah mampu milik johor, rmmj johor, rumah rmmj

PKJ B di Taman Scientex, Pasir Gudang

rumah mampu milik johor, rmmj, lokasi rumah mampu milik johor, senarai rumah mampu milik johor, permohonan rumah mampu milik johor, contoh rumah mampu milik johor, rumah mampu milik johor bahru, semakan rumah mampu milik johor, projek rumah mampu milik johor, rmmj johor, rumah rmmj

RMB C di Apartmen Cenderasari, Taman Perbadanan Islam Larkin

rumah mampu milik johor, rmmj, lokasi rumah mampu milik johor, senarai rumah mampu milik johor, permohonan rumah mampu milik johor, contoh rumah mampu milik johor, rumah mampu milik johor bahru, semakan rumah mampu milik johor, projek rumah mampu milik johor, rmmj johor, rumah rmmj

RMMJ di Taman Scientex, Pasir Gudang

Jika anda mempunyai sebarang soalan, boleh lah rujuk ke soalan lazim E-Rumah Johor, atau hubungi mereka di sini.

Kami harap panduan ni dapat membantu lebih ramai rakyat di Johor yang berpendapatan sederhana untuk mengetahui tentang Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), dan juga dapat merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah sendiri.

Sumber : 

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/kenal-pasti-jika-rumah-mampu-milik-johor-rmmj-sesuai-untuk-anda-23976

Ulasan